Elak Jadi Mangsa Penipuan Badal Haji, Mufti Pulau Pinang Nasihat Orang Ramai Berhati-Hati

Sejak beberapa minggu lalu, orang ramai khususnya mereka yang menunaikan haji telah mula sibuk membuat persiapan untuk ke Tanah Suci.

Apabila tiba sahaja musim mengerjakan haji, banyak agensi atau segelintir individu yang berpengalaman mula menawarkan perkhidmatan badal haji bagi memudahkan urusan seseorang individu.

Nasihat orang ramai hati-hati dengan tawaran Badal Haji

Terbaharu Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor meminta orang ramai mengambil langkah berhati-hati agar tidak menjadi mangsa penipuan individu yang menawarkan pelaksanaan badal haji ketika musim haji berlangsung.

Jelasnya, seorang Muslim hanya boleh melakukan badal haji untuk seorang individu sahaja.

“Seorang Muslim yang telah menunaikan rukun haji bagi dirinya sendiri adalah diharuskan sama ada dengan upah atau sukarela, untuk mengerjakan fardhu haji bagi seorang Muslim yang lain dan mengerjakan ibadah haji bagi pihak orang lain adalah dikenali sebagai badal haji.

“Seseorang Muslim pula hanya dibenarkan untuk mengerjakan badal haji untuk seorang sahaja, tidak boleh melakukannya untuk lebih daripada seorang, jadi saya menasihatkan kepada sesiapa yang berniat hendak membuat badal haji untuk ibu bapa atau ahli keluarga yang uzur atau yang telah meninggal dunia supaya berhati-hati.

“Ia supaya mereka tidak menjadi mangsa individu atau pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dalam bab badal haji ini,” ujarnya, lapor Astro Awani.

Badal haji untuk gantikan seorang Muslim yang mempunyai halangan kekal

Kata mufti itu lagi, melakukan badal haji untuk mengantikan seseorang individu lain adalah harus berdasarkan syariat terutama jika seseorang itu terhalang daripada melakukan ibadah rukun Islam kelima itu sendiri dengan halangan kekal.

Sebagai contoh individu yang sudah uzur seperti tua, sakit yang tidak mempunyai harapan untuk sembuh atau individu yang sudah meninggal dunia.

“Adapun halang-halangan yang bersifat sementara seperti sakit yang diharapkan kesembuhannya, tiada keamanan dalam perjalanan atau seumpamanya, maka tidak sah haji yang diwakilkan kepada orang lain,” jelasnya lagi.

Tak sah untuk golongan miskin

Perkara ini sama juga kepada Muslim yang fakir atau miskin kerana tidak berkemampuan. Maka sekiranya dia mewakilkan orang lain untuk melaksanakan ibadah tersebut ia tidak sah.

“Ini kerana kewajipan haji dikira gugur daripada seorang yang tidak berkemampuan di sudut kewangan,” katanya.

Dr Wan Salim berkata demikian sewaktu mengulas laporan berita mengenai Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) yang meminta masyarakat berhati-hati dengan tawaran berkenaan yang kini banyak diiklankan di media sosial.

Syarat sah badal haji

Sebagai makluman tambahan, antara syarat untuk individu itu melakukan badal haji buat orang lain adalah:

  • Individu tersebut telah menunaikan haji untuk dirinya dengan sendiri dan sempurna tanpa ada rasa was-was terhadap ibadah tersebut.
  • Hanya melakukan badal haji untuk seorang Muslim sahaja dan ketika musim haji.
  • Seorang yang sudah akil baligh.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago