‘Scam’ merujuk kepada kegiatan penipuan di atas talian yang bertujuan untuk memperoleh keuntungan dengan cara menipu orang lain.
Lazimnya, pemangsa atau ‘scammer’ akan menggunakan janji-janji manis dan palsu, sebelum mendapat kepercayaan mangsa dan akhirnya menipu dengan cara mencuri wang dalam talian.
Mangsa penipuan atas talian boleh mengalami kerugian sehingga beratus ribu ringgit dan wang yang telah hilang kebiasaannya sukar untuk diperolehi semula sepenuhnya.
Bagi membantu mangsa penipuan scammer mendapat wang yang ditipu semula dalam tempoh yang singkat, kerajaan memutuskan untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pindaan kanun tatacara ini membolehkan mangsa mendapat semula duit yang hilang pada kadar segera dengan syarat pemberian bon disediakan sementara menunggu perbicaraan mahkamah.
“Saya setuju ia (kes) sekarang ini akan mengambil masa, ramai (mangsa) merayu (wang dipulangkan) kerana kes (dalam) mahkamah akan berlanjutan,” katanya.
“Oleh demikian, apa diputuskan adalah untuk dipinda Kanun Tatacara Jenayah supaya membolehkan pulangan (dana yang dicuri) kepada mangsa disegerakan dengan syarat bon disediakan sementara kes (di mahkamah) dijalankan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa (23 Mei).
Beliau menjawab ketika soalan tambahan dikemukakan oleh Tan Hong Pin (PH-Bakri) berkaitan langkah kerajaan untuk menyegerakan proses pemulangan wang yang dicuri kepada mangsa penipuan atas talian.
Dalam sesi pertanyaan tersebut juga, beliau memaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh NSRC kepada 24 jam bagi membantu mangsa scammer.
Menurut beliau, BNM telah membuat pemakluman kepada semua bank agar operasi pemantauan aduan dari pengguna yang menjadi mangsa scam dibuat 24 jam sehari.
“Selain itu, ada usaha ke arah langkah automation supaya pengadu boleh ambil tindakan menghentikan pengeluaran dana dari bank mereka secara serta merta, ini perkembangan baharu yang dilakukan oleh BNM,” katanya.
Beliau berkata, menerusi Belanjawan 2023, dana tambahan sebanyak RM10 juta diperuntukkan bagi pengoperasian NSRC dan penambahan jumlah pegawai sebagai langkah untuk memperkasakan pusat respons berkenaan.
Tambah beliau lagi, 3,595 kes penipuan dalam talian telah disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan kerajaan telah mendapat pulangan wang rampasan sebanyak RM34.8 juta.
Untuk info, kesalahan bagi kes penipuan sosial akan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Sekiranya individu didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang setahun atau maksimum 10 tahun dan sebat serta dikenakan denda.
Selain memaklumkan kejadian ini kepada bank anda atau hotline 997 NSRC, anda perlu membuat laporan polis di balai polis berdekatan secepat mungkin.
Tindakan ini penting untuk membolehkan pihak polis memulakan penyiasatan rasmi. Bagi memastikan tindakan segera diambil, anda dinasihatkan supaya terlebih dahulu menghubungi bank anda atau hotline NSRC sebelum membuat laporan polis.
Sebelum membuat laporan, pastikan anda menyediakan maklumat-maklumat seperti:
Baca Artikel Berkaitan: Scammer Jaja Nama Pendakwah Terkenal Indonesia, Tawar Duit Raya Dari Alam Ghaib Sehingga RM500,000
Baca Artikel Berkaitan: Bapa Rugi RM148,000 Selepas Anak Ditipu Oleh Scammer Atas Talian
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…