fbpx
Now Reading
Bapa Rugi RM148,000 Selepas Anak Ditipu Oleh Scammer Atas Talian
Scammer tipu budak 10 tahun

Bapa Rugi RM148,000 Selepas Anak Ditipu Oleh Scammer Atas Talian

Scammer tersebut telah bertanya berkenaan permainan atas talian yang disukai oleh kanak-kanak tersebut sebelum bertindak memperdayanya serta membuat tujuh transaksi daripada akaun bapanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Saban hari pasti ada sahaja kisah berkenaan mangsa yang terpedaya dengan scammer kita dengari, malah kes penipuan ini juga telah berlaku secara berleluasa di seluruh dunia.

Bukan itu sahaja, mereka juga sentiasa mempunyai taktik licik agar mangsa percaya dengan tipu helah yang dilakukan sebelum berjaya mendapatkan wang mangsa.

Seorang bapa di Selatan Thailand telah menjadi mangsa terbaharu bagi satu penipuan atas talian atau ‘scammer’ selepas anak lelakinya terpedaya dengan kumpulan tersebut.

Kanak-kanak yang berusia 10 tahun itu telah bertindak memindahkan sejumlah wang bernilai 1,206,000 baht (RM148,000) kepada kumpulan scammer menerusi akaun bank bapanya bermula dari 7 Julai hingga 25 Julai yang lepas.

Menerusi laporan The Thaiger, bapa yang berumur 49 tahun, yang juga dikenali sebagai A (bukan nama sebenar) dan anak lelakinya tinggal di sebuah wilayah di Nakhon Sri Thammarat, Thailand.

Hubungi telefon mangsa semasa anak sedang menggunakannya

Kumpulan itu pada mulanya telah menghubungi telefon A menerusi aplikas LINE dan A pada ketika itu telah membenarkan anaknya menggunakan telefon bagi tujuan pelajaran dalam talian serta untuk bermain permainan di dalam internet.

Apabila kumpulan penipu itu menyedari bahawa individu yang mengangkat telefon tersebut merupakan seorang kanak-kanak, mereka kemudian melihat perkara itu sebagai satu peluang keemasan untuk mengambil kesempatan.

Tanya tentang permainan atas talian

Scammer tersebut telah bertanya tentang permainan atas talian yang disukai oleh kanak-kanak tersebut sebelum bertindak memperdayanya serta membuat tujuh transaksi daripada akaun bapanya.

Teruja dengan tawaran yang diberikan, kanak-kanak tersebut kemudiannya menjawab ‘ya’ dan mengikut arahan yang diberikan oleh scammer itu serta memaklumkan pada kanak-kanak itu agar tidak memberitahu bapanya berkenaan apa yang dilakukan.

Minta hantar kad pengenalan bapa mangsa dan buat tujuh transaksi

Pada awalnya, scammer berkenaan meminta kanak-kanak itu untuk menghantar gambar kad pengenalan bapanya sebelum memperdaya budak tersebut dengan membuat tujuh transaksi bank pada 7 Julai hingga 25 Julai.

Kumpulan penipu itu telah mencuri sebanyak 1,206,000 baht (RM148,000) dan apabila sudah berjaya mendapatkan wang tersebut mereka kemudian menyekat nombor telefon kanak-kanak berkenaan.

A kemudian menerima notifikasi berhubung transaksi tersebut, dan ternyata scammer terbabit telah menghubunginya pada waktu yang tepat iaitu sewaktu anak lelakinya sedang menggunakan telefon berkenaan.

Laporan polis telah dibuat dan kes masih dalam siasatan

Dia lalu melaporkan insiden tersebut kepada pihak polis dan kes kini sedang disiasat.

Penipuan panggilan scammer merupakan satu isu di Thailand, dan kumpulan berkenaan sentiasa mempunyai strategi untuk memperdaya mangsa.

Terdahulu, ada yang menggunakan video ‘deepfake’ untuk membuatkan taktik penipuan mereka menjadi realistik dan ada juga yang meminta mangsa untuk memindahkan wang bagi sesuatu perkara yang tidak perlu dibeli oleh mereka.

Akan tetapi dalam insiden penipuan ini, scammer telah mengambil kesempatan kepada seorang kanak-kanak yang tidak bersalah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.