Lelaki Bunuh & Bakar Teman Wanita Gara-Gara Berang Niat Sembunyi Kehamilan Ditolak

Seorang wanita yang berusia 21 tahun maut dibunuh dengan kejam oleh teman lelakinya pada 22 Mei.

Mangsa dipercayai ditikam dan ditoreh sebelum dibakar sehingga dua kali akibat perselisihan faham mengenai kehamilan.

Teman Lelaki Tikam,Toreh Perut & Bakar Kekasih

Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supritendan Agus Salim Mohd. Alias, kira-kira jam 10 malam, suspek yang berusia 20 tahun dipercayai telah membawa mangsa menaiki kereta pergi ke kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar Selangor.

Ketika di lokasi kejadian, berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek berhubung kehamilan yang dipercayai hasil daripada hubungan terlarang diantara kedua mereka sehingga berlaku pergelutan.

Akibat daripada insiden itu, suspek bertindak memukul mangsa hingga mati.

“Lelaki itu kemudian bertindak kejam apabila menoreh perut mangsa yang hamil sebelum membakar mayat wanita berkenaan,” jelas beliau.

Menurut Agus, setelah membakar mangsa, suspek kemudiannya pulang ke rumah, namun kembali semula ke tempat kejadian pada keesokan harinya.

“Suspek yang berasa tidak sedap hati kemudian datang semula ke tempat kejadian dengan motosikalnya kira-kira jam 7 pagi dan sekali lagi bertindak membakar mayat mangsa menggunakan minyak petrol,” kata beliau.

Mangsa Yang Dipercayai Hamil Terbakar 60%

Suspek dipercayai bertindak membakar mangsa untuk menutup kesalahan dan membuang semua bukti di sekitar Jalan Lama Kuala Selangor.

Hasil siasatan mendapati mangsa yang terbakar 60% dipercayai sedang hamil empat bulan dan suspek dikatakan berang dengan tindakan teman wanitanya yang enggan merahsiakan kehamilan.

Suspek Tiada Rekod Jenayah Lampau

Berdasarkan laporan yang diterima dari orang awam, polis kemudiannya bertindak menahan suspek dirumah keluarganya pada Selasa (23 Mei) jam 1.45 petang di Sungai Besar.

“Semakan polis mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau dan direman selama enam hari bermula Rabu untuk membantu siasatan,” katanya.

Kes akan disiasat mengikut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Terdahulu, media melaporkan mengenai penemuan mayat terbakar tanpa identiti di tepi kebun kelapa sawit berhampiran Kampung Sungai Limau, Sungai Besar.

Kejadian ini disedari oleh orang awam yang terlihat asap di kawasan semak ketika melalui kawasan berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan: Didakwa Bunuh Teman Wanita, Rakan YouTuber Berdepan Hukuman Mati

Baca Artikel Berkaitan: Kaki Dadah Di UK Tikam Teman Wanita Yang Hamil 40 Kali Hingga Maut

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago