Gara-Gara Ketagih Permainan Video, Budak Perempuan di China Habiskan Lebih RM290,000 Duit Simpanan Ibu

Ketagihan permainan video merujuk kepada penggunaan permainan video secara berlebihan sehingga memberi kesan negatif terhadap diri individu.

Antara tanda seseorang individu itu ketagih permainan video adalah tiada minat untuk melakukan aktiviti lain, malah lebih teruk lagi, individu terbabit cenderung untuk menipu khususnya keluarga tentang ketagihan permainan video yang dihadapi.

Curi Kad Debit Sebelum Habiskan Wang Simpanan Ibu Sebanyak RM290,455

Namun, siapa sangka, akibat ketagihan permainan video, seorang remaja perempuan yang berusia 13 tahun di China sanggup mencuri kad debit milik ibunya dan membuat transaksi sebanyak 449,500 yuan (RM290,455).

Difahamkan remaja berkenaan membeli permainan video di sebuah aplikasi telefon pintar bagi tempoh empat bulan.

Ibunya yang dikenali sebagai Wang hanya menyedari wang simpanannya lesap apabila menerima panggilan daripada guru sekolah anaknya itu.

Guru sekolah remaja berkenaan bertindak menelefon ibu remaja terbabit kerana perasan dengan tingkah laku remaja itu yang banyak menghabiskan masa dengan telefon.

Wang Simpanan Hanya Tinggal RM0.32

Apa yang menakutkan, Wang hanya menyedari duit simpanannya hanya berbaki 0.5 yuan (RM0.32) akibat daripada tindakan anaknya.

Menerusi video yang dilaporkan melalui media di China, Wang yang berasal dari wilayah Henan menangis kerana terkejut setelah melihat banyak transaksi dibuat.

“Saya nak ketuk kepala saya ke tanah apabila saya sedar apa yang berlaku, bagaimana prempuan berumur 13 tahun boleh melakukan sedemikian,” katanya.

Belanja Permainan Video Dengan 10 Orang Rakan Kelas

Berdasarkan pengakuan yang dibuat oleh remaja berkenaan, dia dikatakan telah menggunakan keseluruhan wang itu bagi membeli permainan video untuk diri sendiri dan juga 10 orang rakan kelasnya.

Daripada 449,500 yuan itu, 120,000 yuan digunakan untuk permainan video, 210,000 yuan digunakan bagi perbelanjaan dalam permainan manakala 100,000 yuan lagi untuk membelanja rakan-rakannya.

Menurut remaja berkenaan, pada mulanya dia tidak mahu menggunakan duit itu untuk belanja rakan-rakannya.

Namun, dia dikatakan telah diganggu sehingga menyebabkan dia mengambil keputusan untuk membayar permainan video bagi pihak rakan sekelasnya.

“Saya tidak berani maklumkan kepada guru kerana risau guru akan mengadu kepada ibu bapa apa yang terjadi dan mereka akan marah,” kata kanak-kanak perempuan itu.

Tidak Tahu Jumlah Simpanan Tapi Tahu Kata Laluan Kad Debit

Remaja berkenaan dikatakan tidak mengetahui jumlah yang ada dalam kad debit tersebut. Ibunya dikatakan telah memberi kata laluan kad debit berkenaan bagi memudahkan dia sekiranya dia memerlukan wang.

Menurut Wang, anak perempuannya telah bertindak memadam kesemua transaksi pembayaran permainan video di telefon bimbitnya degan tujuan untuk menyembunyikan perbuatannya itu sebelum disedari oleh guru remaja berkenaan.

Untuk info, berdasarkan kajian yang dibuat oleh Universiti McGill berhubung ketagihan telefon pintar dalam kalangan individu yang berusia 15 hingga 35 tahun di 24 negara menunjukkan China berada di tangga pertama negara yang paling tinggi ketagihan telefon pintar.

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

Ada Cubaan Buang Hadis Daif – Ustaz Azhar Idrus [Video]

Tegas UAI lagi, antara ulama yang turut mengamal dan menyebar hadis daif adalah Imam Bukhari,…

17 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Keputusan Siti Nurhaliza Sertai Konsert David Foster Mengecewakan” – BDS Malaysia

Menurut BDS Malaysia, David Foster sering terlibat dalam usaha menyumbang dana kepada tentera rejim Zionis…

2 days ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

#ShopeeHaul Raih Lebih 423,000 ‘Likes’ Dengan Tips Bergaya Mampu Milik Untuk Wanita

Selebriti dan pempengaruh Malaysia - Sasha Abdul Aziz, Sherry Alhadad, Afifah Nasir, dan Bella Astillah…

2 days ago
  • News
  • Trending

Tular SkyAvenue Genting Highlands Terbakar [Video]

Dalam pada itu jurucakap Genting Malaysia mengesahkan insiden berlaku di pusat beli-belah Genting Sky Avenue…

3 days ago
  • Trending

“Marketing Sampah” – Bisnes F&B Dikecam Selepas Guna Kes Zayn Rayyan Untuk Promosi Fries

Sebuah syarikat F&B telah mempromosikan salah satu produk mereka iaitu kentang goreng di laman X…

3 days ago
  • Trending

“Jari Tak Cukup”- Ditanya Mengapa Tak Siap Kerja Sekolah, Jawapan Pelajar Buat Ramai Terhibur [Video]

Alasan yang diberikan oleh kanak-kanak berkenaan apabila disoal mengapa dia tidak menyiapkan kerja sekolahnya membuatkan…

3 days ago