Jadikan MH370 Bahan Jenaka, Singapura Mohon Maaf Dedah Pelawak Jocelyn Chia Bukan Lagi Warganegara

Sejak semalam (7 Jun), tular satu video di media sosial memaparkan pelawak stand-up komedi warga Singapura, Jocelyn Chia yang menjadikan Malaysia serta kehilangan pesawat MH370 sebagai kandungan lawaknya.

Dalam video tersebut, pelawak itu turut merendah-rendahkan Malaysia kerana negara ini masih lagi membangun berbanding Singapura yang sudah menjadi negara maju sebelum menyentuh tentang kehilangan pesawat MH370.

Lawak jenaka yang dibuat oleh pelawak wanita berkenaan telah mengundang perhatian ramai yang merasakan ia melampaui batas kerana tidak sensitif apabila menjadikan kematian dan tragedi sebagai satu bahan lawak.

Baca artikel berkaitan: “Buat Lawak Kena Pakai Otak”- Adflin Shauki Selar Pelawak Singapura Jadikan MH370 Bahan Jenaka

Singapura mohon maaf berhubung jenakan dibuat Jocelyn Chia

Susulan penularan video berkenaan, pihak kerajaan Singapura tampil memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas tindakan biadap pelawak wanita itu.

Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon berkata dia sangat terkejut dengan komen yang menyinggung perasaan yang dilakukan oleh Chia.

“Kerajaan Singapura tidak membenarkan kata-kata atau tindakan yang menyebabkan kemudaratan atau kecederaan kepada orang lain dan Chia, yang bukan lagi warga Singapura dan ia sama sekali tidak mengambarkan pandangan kami.

“Saya dengan ikhlas memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas kenyataan yang menyinggung perasaan ramai,” ujarnya di Facebook.

Lawak jenaka dibuat pelawak Singapura tak rosakkan kepercayaan dan hubungan baik antara dua negara

Menurut Vanu Gopal lagi sebagai negara yang berjiran, Singapura dan Malaysia mempunyai hubungan yang kuat dalam pelbagai aspek dengan hubungan yang mendalam.

Katanya, kedua-dua negara ini turut mempunyai sejarah yang unik selain hubungan yang rapat antara rakyat.

“Komen yang dilakukan oleh pelawak Chia tidak membantu mahupun merosakkan kepercayaan serta hubungan baik yang dinikmati oleh kedua-dua negara dan rakyatnya,” jelasnya lagi.

Baca artikel berkaitan:

Recent Posts

  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

2 hours ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Remaja Tular Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Sudah Ditahan Polis

Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

4 hours ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

20 hours ago