Selepas Bung Moktar, Ramanan Pula Dibidas Oleh KJ Berhubung RUU GEG

Semalam (7 Jun), Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk R. Ramanan menzahirkan rasa tidak setuju terhadap cadangan dasar ‘Generational End Game’ (GEG) yang pernah dikemukakan oleh bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Dia menganggap cadangan pelaksanaan GEG ini hanya akan merugikan negara kerana hasil cukai jualan rokok akan berkurangan selepas dasar ini dilaksanakan.

Malah, beliau berpendapat, belia yang lahir tahun 2007 ke atas sepatutnya diberi pilihan dalam membuat keputusan terutamanya berhubung pelaksanaan cadangan dasar ini.

Baca Artikel Berkaitan: “Belia Dibenarkan Mengundi, Kenapa Tak Biarkan Mereka Putuskan Sendiri Soal Merokok?” – MP Sungai Buloh

Secara ringkasnya, dasar ini mengharamkan individu yang lahir selepas tahun 2007 daripada mengambil rokok, vape dan semua alat merokok.

Ia sebagai langkah bagi melahirkan generasi baharu yang bebas merokok pada masa hadapan.

I Really Should Have Kicked Your A** – KJ

Peka dengan isu tersebut, KJ kemudian melalui satu hantaran di IG Story telah memuat tangkap layar laporan berita bertajuk “R.Ramanan “Sungai Buloh MP: Youths are allowed to vote, why not let them decide on smoking themselves?” merujuk kepada kenyataan berkenaan.

Yang menariknya muat naik turut disertakan dengan kapsyen, “I really should have kicked your a**” diikuti emoji ketawa.

Tangkap Layar IG Story Khairy Jamaluddin

KJ sebelum ini memainkan peranan penting dalam pembentukan Rang Undang-Undang Kawalan Hasil Tembakau dan Rokok 2022 (RUU GEG) ‘Generational Endgame’.

Malah, beliau juga sempat membentangkan RUU ini di Parlimen semasa menyandang jawatan sebagai Menteri Kesihatan.

Tanya KJ Dia Hisap Apa? – Bung Moktar

Selain Ramanan, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar turut memberi respon yang negatif terhadap pelaksanaan RUU ini.

Bung dikatakan telah menentang cadangan pelaksanaan GEG semasa KJ masih lagi memegang jawatan sebagai Menteri Kesihatan.

Malah, KJ melalui satu hantaran di IG Storynya turut menganggap Bung sebagai musuh kesihatan awam kerana menetang RUU ini.

Baca Artikel Berkaitan:P*kyu! Bung” – Isu Rokok, KJ Bidas & Gelar Bung Moktar Musuh Kesihatan Awam

Namun, melalui Utusan, Bung menerusi satu kenyataan balas berkata, KJ yang merupakan Bekas Ahli Parlimen Rembau itu hanya mahu meraih populariti.

“Dia bentang undang-undang merampas hak orang. Dia ni nak ambil populariti sebab dia sudah tidak ada platform (pentas) sudah, dia tinggal DJ (penyampai radio) sahaja jadi hantu raya,” kata Bung.

Malah, Bung turut mempersoalkan tindakan KJ yang mahu menghalang orang ramai daripada menghisap rokok dan beliau turut meminta supaya KJ untuk mendedahkan apa yang ambilnya.

“Dia mahu stop (berhentikan) orang dari menghisap rokok, tapi dia sendiri isap apa? Tanya dia isap apa, apa perkhabaran dia. Nanti dalam dewan saya cakap,” katanya ketika ditemui media di bangunan parlimen.

Dalam pada masa yang sama, Bung enggan memberi maklum balas mengenai RUU dan menyifatkan ia sebagai tugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan beliau sebagai Ahli Parlimen hanya akan membahas.

“Memang tugas KKM untuk membentang (GEG), tugas saya selaku Ahli Parlimen membahas. Itu sahaja. Pandangan saya sudah jelas,” katanya.

Untuk info, pembentangan RUU GEG ini akan dibentangkan oleh Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha di Dewan Rakyat pada 12 Jun nanti.

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

8 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

8 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

8 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

8 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

10 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

10 hours ago