30,000 Pelajar Tak Ambil SPM Tahun 2022, Anwar Sindir Radzi Jidin Tidak Buat Pemantauan [Video]

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 baru-baru ini ternyata mencuri perhatian banyak pihak. Walaupun berhadapan dengan situasi pandemik Covid-19 semasa tempoh pembelajaran, calon yang menduduki peperiksaan ini tetap memperolehi keputusan memberansangkan.

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk PKharuddin Ghazali, daripada 373,974 calon, seramai 10,109 calon berjaya memperoleh keputusan cemerlang semua A dalam setiap mata pelajaran.

30,000 Pelajar Tidak Ambil SPM

Namun, di sebalik keputusan memberansangkan itu, semalam (13 Jun), Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan kerisauan apabila seramai 30,000 pelajar tidak menduduki peperiksaan SPM pada tahun sama.

Menurut beliau, jumlah itu dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek setelah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat kajian dan analisis terperinci berkaitan perkara ini.

Tambah beliau, ia merupakan satu perkara yang amat membimbangkan kerana jumlah yang besar ini bakal memberikan impak kepada sistem pendidikan negara.

Anwar Anggap Radzi Tidak Buat Pemantauan

Anwar dalam ucapannya menyindir bekas Menteri Pendidikan terdahulu, Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin yang disifatkan tidak memantau dan menangani isu ini.

“Bagaimana ada Menteri Pendidikan ketika itu, dan tak boleh pantau anak-anak yang tak ambil peperiksaan,” ujar beliau semasa berucap di Program Cakna Madani bersama pelajar tajaan JPA di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Menurut beliau, isu ini terjadi semasa era Radzi Jidin dan negara berada dalam situasi pasca Covid-19 dan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

“Ini berlaku selepas pasca Covid-19 dan keadaan politik yang tidak tentu arah selain tidak ada dasar yang jelas,” ujarnya.

Malah, beliau turut hairan apabila Radzi Jidin langsung tidak menyentuh mengenai isu ini semasa berkempen sedangkan ia merupakan isu yang cukup besar.

“Hanya selepas Fadhlina jadi Menteri, perkara ini dibongkar. Ini adalah masalah tetapi dalam kempen, dia (Radzi) tak sebut perkara ini,” kata Anwar.

Memetik Kosmo, daripada 388,832 calon baharu SPM 2022, seramai 14,858 calon tidak hadir menduduki peperiksaan.

Berdasarkan analisis KPM, angka menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya yang hanya 10,681 calon daripada keseluruhan 392,837 tidak hadir mengambil peperiksaan SPM.

Baca Artikel Berkaitan: 431 Calon SPM Terkandas, Tak Boleh Duduki Peperiksaan Akibat Banjir

Baca Artikel Berkaitan: 24,941 Pelajar Tidak Duduki SPM 2021, KPM Akan Lakukan Post Mortem

Recent Posts

  • Trending

ZUS Coffee Umum Pendirian Sokong Pembebasan Palestin Dan Menentang Genosid

ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin…

33 mins ago
  • Trending

Tak Sependapat Dengan Azhar Sulaiman, Leona Kongsi Pengalaman Ke Palestin

Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar…

37 mins ago
  • Trending

Padah Masuk Lorong Ditutup Untuk Selenggara, Axia Terbalik Di Lebuh Raya [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…

50 mins ago
  • News
  • Trending

Balai Polis Ulu Tiram Diserang, 2 Anggota Maut & Seorang Cedera

Suspek yang bertopeng dan menyerang Balai Polis Ulu Tiram bagaimanapun berjaya ditembak mati di lokasi…

1 hour ago
  • Trending

“Terima Kasih Atas Teguran” – Daiyan Trisha Batalkan Kontrak Dengan Beberapa Jenama Antarabangsa

Menurut Daiyan Trisha, dia bersyukur kerana isu ini telah membawa orang ramai untuk kembali fokus…

2 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

19 hours ago