PDRM Dedah Memang Wujud Kes Scam Menerusi Jemputan Kahwin

Saban hari ada sahaja kes mengenai penipuan atau scam yang dilaporkan berlaku di negara ini.

Malah golongan yang melakukan kegiatan scam ini juga sering muncul dengan pelbagai taktik licik untuk membuatkan mangsa terpedaya dan kemudian mengalami kerugian hingga ribuan ringgit.

Perkara ini secara tidak langsung amat membimbangkan kerana adakalanya taktik mereka memperdayakan mangsa kelihatan seperti realiti dan sesetengah kejadian berlaku apabila individu menekan sesuatu pautan untuk membeli barang dan sebagainya.

Tular mesej jemputan majlis kahwin sebenarnya taktik baru scam

Perkara ini samalah seperti apa yang tular baru-baru ini di media sosial apabila orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada sekiranya menerima jemputan kahwin dari nombor yang tidak dikenali.

Ini kerana, mesej tersebut turut disertakan dengan satu pautan di mana akan menyebabkan wang dari bank mangsa lesap diambil si pelaku.

Penipuan menerusi fail APK

Taktik scam menerusi jemputan perkahwinan itu sememangnya wujud dan mereka menyebarkan Malware yang diletakkan di dalam aplikasi (APK) sebagai salah satu cara untuk membuatkan mangsa terpedaya.

Malware merupakan satu software yang dicipta khas untuk melakukan gangguan, atau mengakses kepada sesuatu sistem tanpa perlu meminta izin.

JSJK akui undangan majlis perkahwinan antara taktik scam

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf mengakui bahawa pelaku-pelaku scammer akan menggunakan bermacam-macam taktik untuk menjerat mangsanya.

“Satu daripada kaedahnya adalah dengan menghubungi semua kenalan seseorang atas alasan undangan ke majlis perkahwinan.

“Justeru, elakkan klik sembarangan sebelum mengesahkan dengan individu yang mengundang tersebut,” ujarnya dipetik Kosmo.

Jangan layan perkara meragukan, semak mesej diterima

Katanya lagi, dia turut menasihatkan orang ramai untuk tidak melayan sebarang perkara yang meragukan.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi beberapa tips yang boleh dilakukan oleh orang ramai agar tidak menjadi mangsa scam.

Antaranya adalah semak terlebih dahulu sekiranya mesej yang diterima itu daripada individu tidak dikenali, jika individu berkenaan bukanlah kenalan annda dan sekat nombor mereka.

Anda juga boleh menghubungi organisasi atau individu terbabit untuk mendapatkan penjelasan. Apa yang penting elakkan daripada menekan sebarang pautan, membuat transaksi atau berkongsi tentang maklumat peribadi anda.

Ingat jangan mudah untuk kongsi maklumat peribadi kerana ia boleh disalahgunakan kepada perkara lain.

Mereka ini ada sahaja alasan untuk anda terpedaya, jangan percaya dan lakukan langkah yang bijak.

Baca artikel berkaitan: Lelaki Ini Kongsi 4 Jenis Iklan Kerja Tipu & Cara Untuk ‘Detect’ Supaya Elak Jadi Mangsa Scam

Baca artikel berkaitan: Sentiasa Berwaspada! Ini 4 Tips Kenali Penipuan SMS

Baca artikel berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

“Cik Bob Ke ni?” – Tular Lelaki Mirip Cik B Buat Ramai Terhibur [Video]

Di dalam video terbabit, lelaki seiras Cik B itu dilihat mengenakan cermin mata berwarna putih…

4 mins ago
  • Trending

“Disiplin Tinggi” – Ramai Kagum Lihat Kanak-Kanak Jepun Beratur Jalan Kaki Pergi Ke Sekolah [Video]

Jelas Shaqila lagi, murid darjah satu di negara itu juga telah pandai berdikari dan pergi…

16 mins ago
  • Trending

“Allah Sembuhkan” – Ayat Kanak-kanak Perempuan Ketika Bermain Dengan Bapa Buat Ramai Kagum [Video]

Menerus video tersebut, si kecil yang sedang bermain menjadi doktor itu turut dilihat membuat pemeriksaan…

1 hour ago
  • Trending

“Mahu Alasan Apa Lagi?” – Tular Lelaki OKU Serba Kekurangan Tunai Solat Buat Ramai Sebak [Video]

Insan itu dilihat menunaikan ibadah sama seperti yang dilakukan oleh orang-orang biasa iaitu sujud, duduk…

1 hour ago
  • Trending

“Tenang Betul!” – Reaksi Wanita Dapat Kejutan Motosikal Daripada Suami Buat Ramai Terhibur [Video]

Difahamkan, motosikal yang dipercayai jenis Benelli Panarea 125 dihadiahkan oleh suaminya sempena ulang tahun kelahiran…

2 hours ago
  • Trending

Gelagat Lelaki Ajar Warga Asing Naik Basikal Buat Ramai Berdekah [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan suami Aisyah bersungguh-sungguh mengajar warga asing berkenaan cara membawa basikal.

2 hours ago