Muncul Akaun Twitter Dakwa Parents Buang Jocelyn Chia Secara Terbuka, Tak Mengaku Anak?

Bulan lalu, seorang pelawak ‘stand up comedy’ kelahiran Singapura, Jocelyn Chia telah mencetus kontroversi apabila bersikap biadap dengan mengutuk Malaysia sebagai sebuah negara membangun.

Apa yang lebih menaikkan kemarahan ramai, dia juga pada masa sama menjadikan tragedi MH370 sebagai bahan jenaka semasa berada di atas pentas di sebuah kelab komedi di Amerika Syarikat (AS).

Susulan itu, rata-rata rakyat Malaysia mengutuk Chia selain menyifatkan wanita itu tidak mempunyai perasaan simpati terhadap ahli keluarga mangsa MH370.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pelawak ‘Stand Up’ Komedi Singapura Kutuk Malaysia, Jadikan Tragedi MH370 Bahan Lawak

BACA ARTIKEL BERKAITAN: ‘Pelawak Perlu Ada Sensitiviti & Empati’-Harith Iskander Sekolahkan Jocelyn Chia [Video]

‘Bapa Chia’ umum tak mengaku anak sehingga meninggal dunia

Terkini, tular pula di dalam media sosial apabila seorang lelaki yang mendakwa bapa kepada Chia membuat pengumuman terbuka telah membuang anaknya daripada keluarga mereka.

Menerusi ciapan di akaun Twitter @achiawhyeliang, lelaki terbabit dan isterinya tidak mengakui Chia sebagai anak sehingga mereka meninggal dunia.

“Saya secara terbuka umumkan di sini buat kali pertama, saya dan isteri tercinta, Shirley akan menafikan Jocelyn Chia sebagai anak kami bermula hari ini sehingga kami meninggal dunia.

“Apa yang dilakukannya adalah kegagalan saya dalam membesarkannya untuk menjadi manusia berguna kepada masyarakat. Orang ramai berhak mendapatkan lebih baik daripada ini,” ciapnya.

Segelintir netizen dakwa akaun tersebut palsu, hanya ingin dapatkan pengaruh

Pun begitu, segelintir pengguna media sosial mendedahkan kemungkinan akaun Twitter yang mendakwa sebagai bapa Chia itu adalah palsu dan sengaja melakukan ciapan tersebut untuk mendapatkan pengaruh di media sosial.

Lebih meragukan lagi, apabila semakan kami mendapati akaun tersebut baru dibuat pada bulan ini.

Selain itu, dia juga membuat beberapa ciapan yang disifatkan sebagai ‘pelik’ sebelum secara tiba-tiba membuat mengumumam kononnya telah membuang anaknya itu.

Bapa Jocelyn pernah tweet bangga dengan anak?

Tidak hanya itu, seorang pengguna Twitter juga mendakwa hantaran tersebut sememangnya hanya satu gimik apabila dia berkongsi tangkap layar akaun terbabit yang sebelum ini pernah membuat ciapan berbangga terhadap anaknya.

Pengguna Twitter yang lain juga meminta agar orang ramai tidak mudah percaya dengan ciapan yang dilakukan oleh akaun tersebut.

Jocelyn Chia sahkan akaun tersebut adalah palsu

Terkini, beberapa minit lalu Chia telah memuat naik ciapan mendakwa akaun itu adalah palsu.

Dia juga meminta agar para pengguna Twitter untuk melaporkan mengenai akaun palsu tersebut agar disekat.

PDRM mohon bantuan INTERPOL cari maklumat penuh identiti dan lokasi Jocelyn

Terdahulu, media melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat permohonan bantuan dari Polis Antarabangsa (INTERPOL) bagi mendapatkan maklumat penuh identiti dan lokasi terkini pelawak berkenaan.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, bagi proses siasatan lanjut ke atas akaun media sosial pelawak berkenaan, polis turut memohon bantuan daripada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) bagi proses siasatan itu.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

Recent Posts

  • Trending

Gerakan ‘Blockout’ Bermula, Netizen Nak Selebriti & Influencer Tunjuk Solidariti Terhadap Palestin [Video]

Gerakan 'blockout 2024' terhadap sesetengah selebriti atau pempengaruh tempatan adalah disebabkan mereka didakwa masih mempromosi…

30 seconds ago
  • Trending

Anis Nabilah Dipuji, Bantu Hantar Lelaki OKU Penglihatan Pulang Ke Rumah [Video]

Selain membantu menghantar pemuda OKU berkenaan pulang ke rumah, warganet turut memuji tindakan Anis yang…

1 hour ago
  • Trending

Ramai Kecam Tindakan Sekumpulan Individu Selamba Masak Mi Atas Dapur Di Stesen Minyak Genting Highlands [Video]

Menerusi video, kelihatan kumpulan berkenaan membawa dapur mudah alih, meja serta kerusi untuk memasak mi…

2 hours ago
  • Trending

[Video] Gara-gara Keluar Tak Bawa IC, Lelaki Dedah Pernah Tidur Lokap 4 Hari Dan Dipenjara Sehari

Disebabkan tidak mahu kad pengenalan sementara yang berupa sekeping kertas menjadi ronyok, lelaki ini bertindak…

3 hours ago
  • Trending

“Terbaik”- Penunggang Motosikal Tunda Kereta Avanza Guna Kaki Raih Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video turut kedengaran pelakon, Syean kagum dengan tindakan penunggang motosikal yang menunda kereta MPV…

3 hours ago
  • Trending

Tindakan Individu Buang 10,000 Anak Ikan Keli Dalam Sungai Undang Kerisauan

Kebanyakan warganet mengecam tindakan individu berkenaan dan mahu pihak berwajib seperti DOF jalankan siasatan.

3 hours ago