Sekolah Boleh Guna Stadium Nasional Bukit Jalil Secara Percuma Untuk Hari Sukan – Hannah Yeoh

Umum mengetahui Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur (SNBJ) merupakan gelanggang rasmi Skuad Harimau Malaya, serta tempat penganjuran acara seperti konsert.

Namun mulai Oktober akan datang, SNBJ bakal menjadi tempat baharu buat para pelajar di negara ini.

Ini kerana Menteri Belia Hannah Yeoh memaklumkan bahawa Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah menawarkan kepada semua sekolah untuk menggunakan stadium berkenaan secara percuma selama dua tahun terutama untuk mengadakan acara hari sukan.

Ianya bersempena dengan sambutan hari ulang tahun ke-25 Kuala Lumpur Sports City (KLSC).

Tempahan bergantung kepada kekosongan

Jelas Hannah, pelaksanaan konsep merakyatkan sukan menggunakan fasiliti sukan di bawah PSM telah dipersetujui dalam mesyuarat perbadaan itu pada 17 Julai yang lalu.

Walau bagaimanapun, penggunaan SNBJ bagi melakukan Hari Sukan Sekolah bergantung kepada kekosongan jadual tempahan.

“Ini selaras dengan pengumuman sebelum ini bahawa kita nak fokus olahraga sebagai satu sukan pembangunan akar umbi di peringkat sekolah.

“Saya benar-benar mahu pelajar sekolah merasai pengalaman berlari 100 meter di SNBJ, dan mana tahu mereka akan mendapat inspirasi untuk menjadi atlet,” ujar menteri itu dipetik Bernama.

Turut tawarkan dua lagi venue untuk kegunaan pihak sekolah

Selain penggunaan stadium berkenaan, antara tempat lain yang turut ditawarkan oleh PSM adalah Kompleks Sukan Jalan Duta serta Kompleks Sukan Bukit Kiara kepada pihak sekolah.

“Sebelum ini, pihak sekoleh perlu bayar (kos sewa) dengan kadar diskaun jika mahu gunakan stadium, jadi selepas ini mereka dijemput membuat tempahan dengan PSM yang dijangka dibuka bermula bulan depan.”

Syarikat pengeluar makanan sihat juga boleh turut serta

Tambah Ahli Parlimen Segambut itu, dengan tawaran itu pihak seperti syarikat pengeluar makanan berkhasiat turut boleh melakukan pengiklanan produk jika hari sukan diadakan.

“Mereka boleh bincang dengan PSM mengenai kadar untuk pengiklanan sekurang-kurangnya boleh tampung kos (tawaran percuma penggunaan venue),” ujarnya.

Dalam pada itu, Hannah menyatakan PSM merupakan badan yang mengendalikan KLSC dimana ia sebelum ini dikenali sebagai Kompleks Sukan Negara.

PSM telah membuktikan peranannya sebagai badan pengelola stadium yang efisien apabila berjaya menganjurkan beberapa acara bertaraf antarabangsa contohnya Sukan Komanwel 1998, Sukan SEA 2002 serta Sukan SEA 2017.

Malah beliau turut berharap ia akan terus memantapkan aspek tadbir urus serta pengurusan stadium dan menjadikan ia sebagai lokasi pilihan utama para penganjur acara tidak kira dalam mahupun luar negara.

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

2 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

2 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

2 days ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

2 days ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

2 days ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

2 days ago