Jual Kasut Adidas & Nike Tiruan, Tiga Individu & Syarikat Didenda RM607,880

Aktiviti berniaga adalah salah satu bentuk sumber rezeki yang boleh mendatangkan keuntungan. Namun, ada sesetengah peniaga gemar memilih atau menceburi bidang perniagaan yang memberi keuntungan dengan mudah dan cepat.

Antaranya seperti menjual barangan palsu atau tiruan yang ‘diinspirasikan’ daripada jenama-jenama terkenal. Lazimnya, sasaran pengguna adalah terdiri daripada mereka yang mahu menggunakan jenama berkenaan namun tidak mampu untuk membeli barangan yang asli.

Tahukah anda, menjual barang palsu atau tiruan merupakan satu kesalahan di mana-mana sahaja di dunia termasuk Malaysia dan anda boleh dikenakan denda sekiranya terlibat dalam jualan barang tersebut.

Didenda RM607,880, Jual 4,342 Pasang Kasut Adidas & Nike Palsu

Mahkamah Sesyen Ipoh pada hari ini (28 Julai) menjatuhi hukuman denda sebanyak RM607,880 terhadap tiga orang individu dan syarikat kerana membekalkan 4,342 pasang kasut jenama Nike dan Adidas palsu empat tahun yang lalu.

Tertuduh, Yap Kian Seng, Yap Yin Keat dan Sun Haixia yang masing-masing merupakan pengarah serta pengurus Syarikat Enhengda Sdn Bhd didakwa melakukan kesalahan pada jam 11.10 pagi 17 Mei 2019 di sebuah premis yang terletak di Hala Perusahaan Klebang Utara 4, Kawasan Perindustrian Menglembu, Perak.

Mengikut pertuduhan, mereka didapati ada dalam milikan untuk pembekalan apa-apa barang-barang yang baginya suatu perihal dagangan palsu (counterfeit) digunakan bagi selipar dan kasut berjenama Adidas dan Nike keseluruhannya berjumlah 4,342.

Kesemua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 8(2)(c) Akta Perihal Dagangan 2011 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 8(2)(A) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barang yang diletakkan perihal dagangan palsu.

Mahkamah kemudian memutuskan kesemua tertuduh dan syarikat itu bersalah atas dua pertuduhan.

Setelah mendengar hujah pihak pendakwaan dan pembelaan, Hakim Norashima Khalid menjatuhi hukuman denda RM130,260 terhadap setiap tertuduh dan penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Syarikat milik ketiga-tiga tertuduh turut didenda sebanyak RM217,100.

Mohon Hukuman Ditangguhkan, Kemuka Rayuan Di Mahkamah Tinggi

Walaubagaimanapun, pihak pembelaan memohon penangguhan pembayaran denda memandangkan tertuduh memohon untuk rayuan di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah membenarkan hukuman ditangguhkan dengan ikat jamin sebanyak RM15,000 bagi setiap tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan oleh Muhammad Ridzuan Abd Rahim dan tertuduh diwakili oleh peguam Mohd Fitri Asmuni dan Mohd Asri Otsman.

Baca Artikel Berkaitan: Sekian Lama Bermegah, Jenama ‘Fake’ Supreme Kalah Di China

Baca Artikel Berkaitan: Amerika Syarikat Senaraikan Petaling Street Sebagai Lokasi Popular Jual Barang Cetak Rompak & Tiruan

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

1 day ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago