Sedia Bas Untuk Balik Mengundi Pada Pilihan Raya Adalah Satu Kesalahan – SPRM

Tidak dinafikan pejam celik tinggal beberapa minggu sahaja lagi rakyat di enam negeri akan menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung 12 Ogos ini.

Oleh itu, pasti ramai yang sedang membuat persediaan merancang perjalanan masing-masing pulang ke kampung halaman untuk mengundi.

Malah ada yang memilih untuk memandu kenderaan sendiri dan ada juga yang menaiki kenderaan awam seperti bas, kereta api dan sebagainya.

Namun dalam keadaan seperti ini pastinya sebahagian penjualan tiket pengakutan awam telah habis dijual sehingga membuatkan segelintir masyarakat tidak dapat pulang.

Oleh itu, segelintir pihak mengambil inisiatif untuk menyediakan perkhidmatan bas agar semua pengundi dapat pulang untuk mengundi di kawasan masing-masing.

Sedia bas ketika PRN salah

Walau bagaimanapun, tindakan menyediakan perkhidmatan bas ketika PRN ke-15 untuk pulang mengundi adalah satu kesalahan.

Menurut Ketua Pengarah Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki, ini kerana tindakan tersebut boleh mempengaruhi keputusan rakyat yang mengundi.

Justeru beliau meminta agar masyarakat untuk berhati-hati serta peka kerana isu rasuah boleh berlaku dalam pelbagai cara.

“Kalau semua orang, ketua calon mahupun ahli parti sediakan bas, dalam bas itu apa jadi pula? Dalam bas pula, kita tidak tahu situasi. Banyak akan mempengaruhi calon,” ujarnya semasa ditemubual di Facebook NEGERIfm semalam (27 Julai), lapor Kosmo.

Harap pilih calon yang layak dan ada integriti

Beliau dalam masa sama berharap agar mereka yang mengundi pada PRN akan datang untuk memilih calon yang layak serta mempunyai integriti selain mahu ia berjalan dengan baik.

“Perbuatan memberi barangan, sumbangan kepada masyarakat (pengundi) adalah salah mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Ia melarang kita (calon bertanding) menggunakan wang, pengaruh dan sebagainya untuk mendapat undi. Calon atau ejen adalah tidak dibenarkan berbuat demikian,” katanya lagi.

Undian adalah hak rakyat dan ia tidak wajar dipengaruhi oleh sesiapa

Jelas Azam Baki, mengundi merupakan hak dan tanggungjawab rakyat dan ia tidak boleh dipengaruhi oleh sesiapa.

“Kalau pengundi dibayar maknanya tidak ada ketelusan dalam mengundi. Sedekah ke ‘ole-ole’ ke memang tidak boleh kerana ia berharga, boleh makan atau boleh digunakan. Apa jadi kalau semua orang kena beli? Kerana duit orang mengundi,” maklumnya.

Baca artikel berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

22 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago