fbpx
Now Reading
PRN: Kerajaan Negeri Kelantan Sedia Bas Untuk Mahasiswa Pulang Mengundi

PRN: Kerajaan Negeri Kelantan Sedia Bas Untuk Mahasiswa Pulang Mengundi

Menurut Ahmad Yakob, tawaran perkhidmatan itu adalah untuk meringankan beban ibu bapa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (5 Julai) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan 12 Ogos sebagai tarikh rasmi untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan di enam negeri.

Antara negeri yang terlibat adalah Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Kedah serta Pulau Pinang, dan Selangor.

Oleh itu, dengan pengumuman ini pasti penduduk yang bermastautin di tempat lain telah mula membuat perancangan untuk pulang mengundi bagi menjalankan tanggungjawab mereka khususnya mereka yang bergelar mahasiswa.

Baca artikel berkaitan: PRN: SPR Umum 12 Ogos Hari Mengundi & 29 Julai Penamaan Calon [Video]

Kerajaan negeri tawar bas percuma untuk mahasiswa yang di luar Kelantan

Susulan perkara itu, pihak kerjaaan negeri Kelantan telah bertindak untuk menawarkan perkhidmatan bas percuma kepada golongan mahasiswa yang ingin pulang untuk menjalankan tanggungjawab mereka pada PRN 12 Ogos nanti.

Menurut Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob tawaran itu diberikan untuk memberi kemudahan kepada pelajar yang berada jauh dari Kelantan untuk pulang mengundi.

“Perkhidmatan ini akan diuruskan oleh satu jawatankuasa khas diketuai oleh Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan dan diurusetiakan oleh Pejabat Pembangunan Negeri.

“Tarikh bagi perjalanan balik bermula 6 hingga 11 Ogos, manakala tarikh kembali ke destinasi asal pada 13 hingga 15 Ogos,” jelasnya di Facebook.

Pelajar bebas buat pilihan untuk undi calon atau parti mana

Kata Ahmad Yakob lagi, setiap mahasiswa tidak terikat dengan sebarang syarat dan mereka bebas untuk mengundi siapa sahaja calon mahupun parti yang bertanding pada PRN akan datang.

Beliau juga berharap agar kemudahan diberikan itu dapat meringankan beban ibu bapa.

Ujarnya, kerajaan negeri tersebut sedar mengenai kepentingan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) untuk mengundi kerana ia adalah untuk masa depan negara.

“Penglibatan mereka sebagai pemilih dalam pilihan raya memberi impak yang sangat besar dalam membina negara melalui pentas demokrasi,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.