Dalam kehidupan berumah tangga, pasangan suami isteri perlu saling melengkapi antara satu sama lain. Sebagai suami, selain berperanan mencari nafkah untuk keluarga, suami juga merupakan pelindung dan penjaga buat isteri dan anak-anak.
Namun, lain pula dengan seorang lelaki di Kajang yang tergamak mendera isterinya hingga mati. Dia kini diburu oleh polis akibat tindakannya itu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, kejadian dipercayai berlaku di sebuah pangsapuri di Sungai Long, Kajang, Selangor dan polis menerima laporan berhubung kejadian berkenaan pada 12.15 tengah malam, Ahad lalu (23 Julai).
Tindakan suspek mula terbongkar apabila dia menghantar isterinya yang tidak sedarkan diri ke sebuah hospital swasta di Kajang.
“Mangsa dihantar oleh suaminya dan selepas mendapat tahu isterinya disahkan sudah meninggal dunia, dia menghilangkan diri.
“Pemeriksaan awal pegawai perubatan terbabit mendapati terdapat kesan cedera dan lebam di seluruh badan mangsa,” kata beliau.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Serdang bagi tujuan bedah siasat.
Hasil bedah siasat menunjukkan kematian wanita itu adalah akibat dipukul dengan objek tumpul sehingga menyebabkan kecederaan dalaman yang serius selain terdapat kesan kecederaan di seluruh badan.
Tambah Zaid, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Polis kini sedang giat mengesan suami mangsa Mohamed Imran Mohamed, 32, yang beralamat terakhir di Apartment Sutera Pines, Jalan Sutera Pines, Sungai Long, Kajang.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu segera menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan R K Umesh di talian 012-6114900 atau mana-mana balai polis berdekatan.
-SIARAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KAJANG- 27 Julai 2023, Khamis Makluman kes 1(P) melayu dihantar ke sebuah hospital swasta di Kajang disahkan meninggal dunia ada kesan cedera di tubuh badan disyaki dibunuh.
Posted by Polis Daerah Kajang on Thursday, 27 July 2023
Baca Artikel Berkaitan: Suami Dipenjara 5 Bulan, Pukul Isteri Guna Kerusi Hingga Cedera Di Kepala
Baca Artikel Berkaitan: Padah Pukul, Tendang & Ugut Isteri, Suami Durjana Diberkas Polis
Eksklusif sepanjang tempoh kempen pelancaran, AEON Bank menawarkan ganjaran istimewa buat pelanggan yang mengaktifkan akaun…
Jelas Syed Muhammad Khairudin Al-Junied, ia berikutan hasil penyelidikan dan kajian menerusi penulisan yang diterbitkan…
Remaja perempuan itu turut menjerit kepada bapanya bertanya mengapa dia tidak mempunyai duit walhal ibu…
Kediaman dua tingkat Aliff yang terletak di Taman Mewah, Kajang musnah terbakar di bahagian tingkat…
Menurut Ketua Polis Negara, pihaknya turut menemui beberapa batang paip dipercayai untuk membuat pistol angin…
Menurut notis yang dikeluarkan Pengarah Hospital Tangkak, sijil cuti sakit bernombor siri HTGK F 896400…