fbpx
Now Reading
Padah Pukul, Tendang & Ugut Isteri, Suami Durjana Diberkas Polis
Suami pukul, ugut, tendang isteri

Padah Pukul, Tendang & Ugut Isteri, Suami Durjana Diberkas Polis

Tindakan suspek memukul dan menendang mangsa menyebabkan isterinya mengalami bengkak di bahagian muka dan perut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki ditahan polis selepas bertindak ganas dengan memukul wajah dan menendang perut isterinya hanya kerana berselisih faham di kediaman mereka di Taman Sentosa, Klang, Selangor.

Bertindak atas maklumat yang diterima, lebih kurang jam 10.50 malam pihak polis telah menahan seorang lelaki warga tempatan yang berusia 27 tahun, pada 12 November lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan berkata, hasil siasatan mendapati insiden yang berlaku pada jam 10 malam pada hari yang sama itu telah menyebabkan mangsa yang berusia 28 tahun mengalami bengkak di bahagian muka dan perut.

Suspek ada pelbagai rekod jenayah lampau, sudah banyak kali pukul isteri

Katanya, suspek turut mempunyai pelbagai rekod lampau atas kesalahan jenayah serta dadah.

“Hasil siasatan mendapati ketika kejadian berlaku suspek telah bertindak memukul pengadu di bahagian muka dan menendang perut pengadu menggunakan tangan dan kaki.

“Suspek juga mengeluarkan kata-kata ugutan yang mendatangkan ketakutan kepada pengadu. Berdasarkan siasatan juga mendapati kejadian itu banyak kali berlaku namun pengadu tidak membuat laporan polis,” ujarnya.

Satu kertas siasatan dibuka dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya

Jelasnya lagi, satu kertas siasatan dibuka dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya serta telah mendapat arahan tuduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Suspek akan dituduh di Mahkamah Klang pada 16 November ini.

“Pihak polis menasihati orang awam terutamanya kepada ahli keluarga yang telah berumahtangga, agar segera membuat laporan polis sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini supaya tindakan sewajarnya boleh diambil mengikut peruntukan undang-undang.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.