Bekas Timbalan Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy hari ini (10 Ogos) mengejutkan semua pihak apabila membuat pengumuman melepaskan kesemua jawatan dalam Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan keluar daripada parti itu.
Menurut beliau, surat berkaitan perkara berkenaan telah dikemukakan kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pada kira-kira jam 8.25 pagi.
Menurut Ramasamy, keputusan itu dibuat setelah beliau melihat faktor pimpinan DAP pusat terlalu bergantung kepada ‘maharaja’ yang menjadi punca krisis parti itu di Pulau Pinang.
“Ini adalah keputusan paling berat yang pernah saya lakukan,” katanya.
Susulan daripada pengumuman mengejutkan ini, beliau yang juga merupakan Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang mengakui tiada rancangan untuk menyertai mana-mana parti atau menubuhkan parti baharu.
Malah, beliau dikatakan akan terus memberi sokongan kepada gabungan Pakatan Harapan (PH) terutama kepimpinan di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Chow.
“Keputusan meninggalkan DAP sangat sukar kerana sudah menganggotai parti ini sejak 2005, selain mula aktif (dengan DAP) sejak masih berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia lagi.
“Namun, DAP bukan lagi parti dikenali ketika itu dan semakin kurang menghargai perbezaan pendapat dan sikap keterbukaan dari dalaman parti. Mereka yang bersuara menentang kerajaan dipandang sebagai pengacau serta pengganggu.
“Malah, senarai calon dikemukakan Kon Yeow diketepikan, selain ada kemungkinan beliau tidak memegang jawatan Ketua Menteri untuk tempoh sepenggal, walaupun sudah diberi jaminan oleh pemimpin parti peringkat nasional,” katanya.
Tambah Ramasamy, beliau tidak kisah digelar sebagai ‘anggur masam’ ekoran daripada keputusannya itu.
Beliau turut menegaskan bahawa keputusan itu diambil kerana tiada pilihan lain dan berharap dapat berfungsi dalam persekitaran politik tanpa halangan.
“Saya sedar mungkin tidak akan mempunyai tempat dalam DAP lagi pada masa hadapan. Namun, saya perlu berani membuat beberapa perancangan mengenai peranan dalam arena politik tanah air secara menyeluruh.
“Saya akan terus berjuang untuk menentang ketidakadilan, diskriminasi dan penindasan terhadap semua lapisan masyarakat serta golongan kurang bernasib baik,” ujar beliau.
Pada masa yang sama, Chow yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang menganggap keputusan dan langkah yang diambil oleh Ramasamy akan memberi impak yang besar khususnya kepada bilangan pengundian dalam kalangan masyarakat India.
Malah, beliau turut merayu agar bekas Timbalan Ketua Menteri II itu kembali semula menyertai parti DAP dan membatalkan hasratnya.
Untuk info, selain Ramasamy, Naib Pengerusi DAP Pahang D Kamache, Naib Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Sosialis Pemuda DAP (DAPSY) K Jason Raj dan Ahli DAP Cawangan Taman Inderawasih K Krishnasamy turut mengumumkan keluar daripada parti itu.
Baca Artikel Berkaitan:
ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin…
Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar…
Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…
Suspek yang bertopeng dan menyerang Balai Polis Ulu Tiram bagaimanapun berjaya ditembak mati di lokasi…
Menurut Daiyan Trisha, dia bersyukur kerana isu ini telah membawa orang ramai untuk kembali fokus…
Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…