Tarik Semula Permohonan Maaf, Shuib Nekad Saman John Dihani

Sebelum ini, kami ada melaporkan tentang tindakan pelawak dan usahawan, Shuib yang mencari individu bernama John Dihani kerani ingin mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Perkara itu ingin dilakukan oleh pelawak berkenaan selepas individu terbabit dipercayai telah menyebarkan fitnah terhadap Shuib dan isterinya, Allahyarhamah Siti Sarah.

Walau bagaimanapun, individu itu kemudian telah tampil memohon maaf secara terbuka dan mengakui kesalahan yang dilakukan menerusi hantaran yang dimuat naik pada 30 Jun lalu.

Malah dia akui menyesal dengan perkara itu serta tidak memikirkan kesan yang bakal terjadi atas tindakan tersebut.

Baca artikel berkaitan: Akui Silap, John Dihani Tampil Mohon Maaf Kepada Shuib

Baca artikel berkaitan: Shuib Maafkan Pemfitnah Isu Freemason, Bakal Saman Seorang Lagi [Video]

Shuib nekad teruskan saman terhadap John Dihani

Terbaharu, Shuib atau nama penuhnya Shahmira Muhammad memaklumkan dia nekad untuk meneruskan saman terhadap John Dihani.

Perkara itu dilakukan oleh Shuib meskipun individu terbabit menafikan tindakannya menyebar fitnah dengan mengaitkan penyampai radio itu dengan Freemason.

Menurut Shuib pada 10 Julai lepas, peguam yang mewakili John Dihani atau nama sebenarnya Md. Johan Dihani Mohd. Zaidi telah bertindak memberikan notis kepada peguamnya untuk menarik semula permohanan maaf yang dilakukan sebelum ini.

“Pada 4 Julai lalu, dia membuat permohonan maaf di Instastory, tetapi 10 hari selepas itu memadam kenyataan tersebut, malah peguam saya menerima surat daripada penguamcaranya membuat penafian.

“Apabila kita hantar surat dan dia nafi, kami teruskan saja prosedur ini. Itu yang dia nak. Dia pun sudah melantik peguamcara,” ujarnya, dipetik Kosmo.

Dah hantar saman, Shuib sedia turun naik mahkamah

Jelas Shuib saman terhadap individu terbabit telah dihantar semalam (9 Ogos) kepada peguamcara John Dihani.

Meskipun tahu kes ini akan memakan masa yang lama namun Shuib mendedahkan dia telah bersedia untuk turun naik mahkamah kerana mahukan keadilan bagi pihaknya dan arwah isteri berhubung fitnah tersebut.

“Jika ada yang kata leceh mahu naik turun mahkamah, hakikatnya saya sudah bersedia untuk proses berkenaan.

“Saya tahu benda begini memakan tempoh panjang tapi demi dia, saya okay. Saya akan adakan masa untuk dia,” katanya lagi.

Writ saman dah serah kepada mahkamah

Dalam pada itu, peguam, Syed Afiq Syed AlBakri yang mewakili Shuib menjelaskan writ saman telah diberikan kepada mahkamah selain menunggu kehadiran dan prosedur seterusnya.

“Kami akan membuat serahan melalui peguam defendan selepas membuat writ saman (semalam). Setakat ini. itu sahaja perkembangan kes ini,” ucapnya.

Disoal sama ada pihaknya akan bertemu dengan John sebelum kes di mahkamah berlangsung Syed Afiq berkata proses mediasi melibatkan kedua-dua pihak sememangnya satu prosedur awal.

“Kalau ikutkan prosedur mahkamah, kisah saman malu atau apa sahaja kes memang mahkamah syorkan mediasi.

“Itu prosedur biasa kalau boleh semua pihak duduk bincang.”

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

3 hours ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

3 hours ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

4 hours ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

4 hours ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

5 hours ago