fbpx
Now Reading
Akui Silap, John Dihani Tampil Mohon Maaf Kepada Shuib

Akui Silap, John Dihani Tampil Mohon Maaf Kepada Shuib

Shuib bagaimanapun menegaskan dia tidak mahu bertemu dengan John Dihani dan mahu perkara itu diselasaikan di mahkamah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (4 Julai) pelawak dan penyampai radio, Shuib telah bertemu dengan seorang lelaki iaitu Zulhairi Abu Othman yang menyebarkan fitnah berkaitan dirinya dan kematian Siti Sarah.

Pertemuan secara terbuka itu dilakukan di kafe Bubble Bee, Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Dalam pertemuan tersebut, Shuib telah memaafkan lelaki berkenaan selain berpesan agar tidak menyebarkan fitnah berkaitan dirinya lagi.

Dia dalam masa sama turut memaklumkan masih mencari seorang lagi individu yang dikenali sebagai John Dihani dan mahu meneruskan tindakan undang-undang terhadapnya.

Baca artikel berkaitan: Shuib Maafkan Pemfitnah Isu Freemason, Bakal Saman Seorang Lagi [Video]

John Dihani tampil mohon maaf kepada Shuib

Tidak sampai 24 jam, John Dihani kemudian tampil memohon secara terbuka serta mengakui kesilapannya yang memuat naik hantaran pada 30 Jun lalu sehingga ia mengundang fitnah kepada Shuib.

“Dengan ini saya ingin membuat permohonan maaf terbuka kepada Abang Shuib dengan penuh ikhlas, berkaitan posting saya pada 30 Jun dengan memuat naik poster iklan barang kemas yang memaparkan wajah abang Shuib.

“Sehingga posting itu mengundang fitnah ke atas dirinya, dan disebabkan posting di Instagram (IG) tersebut juga telah mengundang pengguna-pengguna lain meninggalkan komen dan tindakan saya mengiyakan komen yang ditinggalkan oleh orang ramai sehingga membawa kepada fitnah pada abang Shuib serta arwah isteri (Siti Sarah),” tulisnya di Instagram.

Akui kesal dan harap Shuib mahu berjumpa

Jelas John, dia menyesali perbuatan tersebut selain memaklumkan hantaran itu diambil daripada akaun Facebook individu lain.

Katanya dia tidak memikirkan kesan dan juga akibat daripada hantaran yang dilakukan itu kepada pelawak itu sekeluarga.

Dia kemudian menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Shuib kerana mahu memohon maaf secara terbuka kepada pelawak berkenaan.

“Kepada abang Shuib, saya harap abang Shuib sudi terima kedatangan saya berjumpa dengan abang untuk membuat permohonan maaf secara terbukan di atas kekhilafan saya dalam berkongsi posting berkenaan yang boleh menjerumus kepada fitnah.”

Tak mahu jumpa John Dihani, nak selesai di mahkamah

Walau bagaimanapun, Shuib yang juga usahawan telah membuat keputusan untuk tidak bertemu dengan John Dihani dan mahu perkara itu dibawa ke muka pengadilan.

“Saya hanya ingin bersemuka dan menyelesaikan isu itu dengannya di mahkamah saja. Sebarang perbincangan boleh dibuat melalui peguam dan surat pun sudah dihantar kepadanya.

“Dia (John Dihani) ada menghantar mesej langsung kepada saya semalam untuk membuat permohonan maaf secara terbuka, tapi saya buat keputusan tidak mahu berjumpa dengannya kerana cara dia sangat berlagak.

“Sedangkan saya tidak kenal dia dan tidak pernah mengusik keluarganya. Jika dia merasakan dirinya hebat sangat. Bolehlah jumpa saya di mahkamah,” ujar Shuib lagi, dipetik Harian Metro.

Nasihat orang ramai hati-hati dalam buat perkongsian di media sosial

Malah Shuib turut menasihati orang ramai untuk lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang perkongsian dan menulis komen di media sosial.

Menurutnya, masyarakat perlu bijak dalam mengawal emosi agar perkongsian yang dimuat naik dalam media sosial tidak membawa kepada fitnah terhadap orang lain.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.