fbpx
Now Reading
“Kenapa Libatkan Arwah Isteri Aku” – Lelaki Kaitkan Kematian Siti Sarah Dengan Agenda Freemason, Shuib Ambil Tindakan

“Kenapa Libatkan Arwah Isteri Aku” – Lelaki Kaitkan Kematian Siti Sarah Dengan Agenda Freemason, Shuib Ambil Tindakan

Tidak hanya itu, penyampai radio itu juga memberi masa selama 24 jam kepada lelaki terbabit untuk bersemuka dengannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, pelawak Shuib telah mendirikan rumah tangga buat kedua kalinya bersama pilihan hati pada bulan Jun lalu.

Bagaimanapun, perkahwinan pasangan terbabit dilihat kurang senang oleh segelintir netizen apabila ada yang memberi pelbagai tuduhan serta kecaman terhadap Shuib dan isteri barunya, Watie.

Netizen kaitkan kematian Siti Sarah dengan agenda Freemason

Perkara tersebut dilihat mula keterlaluan apabila ada individu yang mengaitkan kematian arwah isterinya, Siti Sarah Raisuddin dengan agenda sebuah organisasi dipercayai Freemason.

Difahamkan, seorang lelaki di media sosial mendakwa bahawa Siti Sarah dipaksa untuk ditidurkan demi membuktikan risiko tinggi yang akan dialami sekirannya ibu mengandung tidak mengambil vaksin.

Freemason didakwa guna artis untuk promote vaksin

Tuduhnya lagi, Freemason juga menggunakan artis untuk mempromosikan kebaikan vaksin, selain menyatakan artis terbabit tidak boleh mengingkari arahan meskipun terpaksa mengorbankan keluarga sendiri.

“Tak sangka eh bekas mat kilang (Shuib) ni ‘ahli F’ juga. Pasal arwah SS (Siti Sarah) itu pun kita memang tau dia dipaksa untuk ditidurkan sebab mamat ni nak buktikan pada ibu-ibu mengandung diluar sana yang kalau tak cucuk vaksin kau berisiko tinggi untuk mati.

“F gunakan artis yang duduk di bawah mereka untuk mempromosikan vaksin. Tak boleh ingkar waimah ada ahli keluarga sendiri yang perlu dijadikan korban,” tulis individu berkenaan.

Shuib akan ambil tidakan terhadap fitnah oleh individu berkenaan

Susulan tuduhan melampau itu, Shuib menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya berkata akan mengambil tindakan terhadap fitnah yang dilemparkan oleh individu berkenaan.

Tidak hanya itu, penyampai radio itu juga memberi masa selama 24 jam kepada lelaki terbabit untuk bersemuka dengannya.

“Assalamualaikum, banyak hari saya sabar. Hari ini saya terpanggil untuk berkenalan dengan mamat ini yang mana tulisannya terlalu hebat dan berani.

“Kenapa kau libatkan arwah isteri aku, Siti Sarah! Freemason? Apa yang kau tahu, mari cakap depan-depan aku.

“24 jam, cari aku! Lawyer tengah jalan kerja, tunggu.. Assamualaikum,” katanya.

Terdahulu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 38, sah bergelar suami kepada Watie Hanifiah, 35, yang juga seorang ahli perniagaan pada 23 Jun lalu.

Untuk info, sebelum ini Shuib mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Siti Sarah pada 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Bagaimanapun, Siti Sarah mengembuskan nafas terakhir akibat jangkitan Covid-19 pada 9 Ogos 2021.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.