fbpx
Now Reading
Shuib Maafkan Pemfitnah Isu Freemason, Bakal Saman Seorang Lagi [Video]

Shuib Maafkan Pemfitnah Isu Freemason, Bakal Saman Seorang Lagi [Video]

Shuib memaafkan Zulhairi namun akan meneruskan saman terhadap seorang lagi individu dikenali sebagai John Dihani.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini pelawak dan penyampai radio, Shuib memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan fitnah mengenai kematian isterinya, Siti Sarah Raisuddin.

Perkara tersebut disebarkan menerusi satu hantaran di Facebook apabila lelaki itu mendakwa bahawa Shuib adalah ahli organisasi Freemason.

Selain itu, dia turut mendakwa bahawa allahyarhamah dipaksa untuk ditidurkan kerana mahu membuktikan risiko tinggi sekiranya ibu hamil tidak mengambil suntikan vaksin.

Merasakan fitnah yang dilemparkan keterlaluan, Shuib kemudian tampil menerusi media sosialnya mencari individu tersebut dan meminta lelaki berkenaan bersemuka dengannya.

Baca artikel berkaitan: “Kenapa Libatkan Arwah Isteri Aku” – Lelaki Kaitkan Kematian Siti Sarah Dengan Agenda Freemason, Shuib Ambil Tindakan

Shuib maafkan individu sebar fitnah

Hari ini (4 Julai) sedar dengan kesalahan yang dilakukannya, individu itu, Zulhairi Abu Othman telah tampil bersemuka dengan pelawak terbabit dalam satu pertemuan di kafe Bubble Bee, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.

Ketika bertemu Shuib atau nama penuhnya Shahmira Muhammad, 39, dengan hati terbuka telah bertindak untuk memaafkan Zulhari selain berpesan jangan menyebarkan fitnah berkaitan dirinya serta keluarga.

“Sejak bercakap di telefon semalam (Isnin), saya juga sudah berlembut hati. Hari ini Zulhairi tampil dan memohon maaf.

“Saya maafkan dia. Saya tahu dia seorang yang beradab kerana berani datang hari ini. Mungkin silap kerana berkongsi di media sosial sebelum ini,” ujarnya, dipetik mStar.

Mereka kemudian berpelukan dan Shuib turut memohon maaf sekiranya sesi pertemuan antara mereka itu akan memberi masalah lain kepada lelaki tersebut.

Masih cari seorang lagi pengguna media sosial dikenali sebagai John Dihani

Sementara itu, Shuib yang juga seorang ahli perniagaan turut memaklumkan bahawa dia kini sedang giat mencari seorang lagi pengguna media sosial iaitu John Dihani yang didakwa terbabit dalam menyebarkan fitnah berhubung kematian Siti Sarah.

Dia dengan tegas menyatakan tindakan undang-undang diambil adalah bertujuan untuk memberikan pengajaran kepada individu tersebut agar tidak mengulangi hal yang sama lagi.

“Biarlah peguam saya yang pergi berjumpa dia dahulu. Saya sudah bincang perkara ini boleh ambil tindakan dan saya akan saman sebagai satu bentuk pengarajaran.

“Perkara ini nampak mudah tetapi ia melibatkan kematian isterinya. Tuduhan itu seolah-olah saya membunuh isteri sendiri. Kalau betul sila bersemuka dengan bukti.

“Saya tegas dengan pendirian ini sebab saya tahu apa yang dikatakan semua tidak betul,” katanya lagi.

Fitnah disebarkan boleh undang keraguan

Tegasnya fitnah yang disebarkan itu boleh mengundang keraguan.

“Perkara ini boleh menimbulkan keraguan sebab saya sendiri yang melihat arwah meninggal dunia, saya yang mengangkat jenazah. Jadi penyebaran berita ini boleh menimbulkan salah faham.

“Kalau ada bukti jom kita ke hospital untuk bercakap,” katanya tegas.

Anak mula bertanya berhubung kematian ibu antara sebab Shuib ambil tindakan undang-undang

Dalam satu lagi laporan mStar, Shuib turut menjelaskan bahawa dia awalnya tidak mahu melayan fitnah tersebut namun akui mental terganggu apabila nama arwah isteri dikaitkan dalam hal tersebut selain anak turut bertanya mengenainya.

“Anak saya mula bertanya mengenai kematian ibu mereka, itu yang saya rasa melampau. Saya tak tahu nak jawab apa dekat mereka.

“Mereka lurus… apa yang mereka nampak dan dengar itulah yang akan mereka cakap.”

Gambar diambil tutup sebelah mata dilakukan spontan tanpa prejudis

Dia juga sempat menjelaskan mengenai fotonya bersama isteri baharu iaitu Watie yang menutup sebelah mata ketika bergambar untuk mempromosikan barangan kemas yang dipakai dan menyatakan ia adalah spontan dan tidak tahu akan menghangatkan lagi fitnah tentang dirinya.

“Gambar tutup sebelah mata itu memang khilaf saya, masa itu photoshoot dan jurugambar minta saya tunjuk cincin. Saya tutup tanpa prejudis.

“Saya tak fikir pun, simbol apa saya tak tahu sebab saya bukan ahli Freemason,” ujarnya pelawak itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.