fbpx
Now Reading
Alif Teega Mohon Hentikan Fitnah, Mahu Jalani Hidupan Bahagia Bersama Isteri

Alif Teega Mohon Hentikan Fitnah, Mahu Jalani Hidupan Bahagia Bersama Isteri

Menurut Alif, dia tidak kisah dengan kata-kata yang dilemparkan namun dia meminta agar pihak tertentu tidak lagi menambah ‘perasa’ berhubung isu rumah tangganya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu rumah tangga influencer Alif Teega dan isteri, Aisyah Hijanah masih lagi hangat diperkatakan di media sosial.

Walaupun telah beberapa hari berlalu sejak pendedahan perkahwinan kedua Alif, ia masih lagi menjadi topik bualan netizen.

Ia juga dilihat menjadi semakin rancak berikutan terdapat beberapa pendedahan yang dibuat oleh pihak tertentu berhubung kisah rumah tangga influencer itu.

Alif Mohon Hentikan Sebar Fitnah

Terbaharu, Alif menerusi akaun Instagram miliknya memohon agar semua pihak menghentikan fitnah yang melampau berhubung isu yang sedang melanda.

Menerusi hantaran yang dibuat di Instastory miliknya, Alif turut menjelaskan beberapa perkara dan meminta pihak berkaitan menghentikan sebarang spekulasi.

Menurut Alif, dia tidak kisah dengan kata-kata yang dilemparkan kepadanya namun dia meminta agar pihak tertentu tidak lagi menambah ‘perasa’ berhubung isu rumah tangganya.

Malah, dia turut menjelaskan bahawa hubungannya dengan Aisyah berada dalam keadaan yang baik.

“Saya dan isteri saya, Aisyah berada dalam keadaan sangat baik. Tolong jangan disebabkan fitnah, komen-komen kita yang buatkan keadaan teruk.

“Semua yang kita buat, kata-kata makian, akan dibawa ke akhirat. Ini hal rumahtangga saya,” kata Alif.

Foto: Tangkap Layar Insta Story Alif Teega

Dedah Isteri Kedua Tiada Akaun Media Sosial

Menerusi hantaran tersebut, lelaki itu turut mendedahkan bahawa isteri keduanya, Fatin Umaidah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial.

Dia turut meminta agar pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan mencipta akaun palsu isteri keduanya untuk memadam akaun berkenaan bagi mengelakkan sebarang fitnah.

Malah, dia juga mendakwa akan mengambil tindakan undang-undang jika akaun palsu tersebut mengeluarkan kenyataan yang palsu.

Persoal Kenyataan Yang Dikeluarkan Adik Susuan Aisyah Di Media Sosial

Alif turut mendedahkan bahawa hubungan dia dan adik kandung serta abang susuan Aisyah berada dalam keadaan baik.

Namun, dia mempersoalkan tindakan adik susuan Aisyah, Amirul Adni Rustam yang membuat kenyataan di media sosial.

Bagi Alif, kenyataan itu perlu didedahkan di mahkamah dan ia juga didakwa tidak benar kerana hubungan dia dan Aisyah berada dalam keadaan baik.

Harap Pihak Dapat Keluarkan Kata-Kata Yang Baik, Mohon Jangan Hina Isteri

Berikutan isu yang melanda, Alif mendoakan agar masyarakat menjaga lidah dan berkata perkara yang baik sahaja.

Malah, dia turut memohon agar pihak luar tidak menghina isteri-isterinya Aisyah atau Fatin. Alif juga sempat memohon maaf atas apa yang berlaku namun dia menganggap itu adalah jalan yang perlu dilaluinya.

Foto: Tangkap Layar Insta Story Alif Teega

Baca Artikel Berkaitan: “Hadap Dulu & Berdamai” – Aisyah Hijanah Minta Orang Ramai Jangan Burukkan Alif Teega [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tular Dakwaan Pukul Isteri & Berseronok Dengan Wanita Lain, Alif Teega Nak Ambil Tindakan Undang-Undang

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.