“Hadap Dulu & Berdamai” – Aisyah Hijanah Minta Orang Ramai Jangan Burukkan Alif Teega [Video]
Aisyah dalam video berkenaan turut meminta orang ramai untuk tidak memburukkan Alif kerana lelaki itu masih suaminya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Nama influencer, Alif Teega mula menjadi bualan ramai selepas dia memaklumkan telah berkahwin dua.
Malah perkara itu turut disahkan oleh isteri pertamanya, Aisyah Hijanah menerusi satu hantaran di media sosial.
Pengumuman itu membuatkan ramai wanita tidak berpuas hati dan berasa kasihan dengan Aisyah memandangkan pasangan itu sebelum ini dilihat bahagia.
Bukan hanya itu, mereka juga kasihan kerana mengenangkan Aisyah ketika ini sedang berbadan dua dan akan melahirkan anak ketiga lagi beberapa bulan.
Aisyah beri respon lepas diasak netizen ketika live
Susulan daripada isu tersebut, Aisyah Hijanah akhirnya memberi respon mengenai perkara itu selepas diasak oleh orang ramai ketika sedang membuat siaran langsung di TikTok untuk mempromosikan buku planner 2024.
Malah dia sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan turut menjelaskan kepada Alif bahawa dia tidak akan memburukkan suaminya.
“Tak, Aisyah takkan burukkan abang, jangan risau” ujarnya.
Hanya perlu hadap dan berdamai dengan apa yang berlaku
Aisyah dalam pada masa sama turut menyatakan sebagai isteri dia perlu untuk berdepan dan berdamai dengan takdir tersebut. Ini kerana perkahwinan itu telah pun berlaku.
“Benda yang lepas itu, adalah lepas. Benda yang terjadi itu, kita nak perbetulkan pun tak boleh sebab dah jadi, dah kawin dah. Jadi nak buat apa lagi?
“Sebagai isteri apa yang awak boleh buat adalah kena hadap. Hadap dulu dan berdamai,” jelasnya.
Mohon orang ramai jangan burukkan Alif
Dia dalam pada itu turut meminta orang ramai untuk tidak memburukkan suaminya.
“Aisyah mohon pada korang, jangan cakap perkara yang bukan-bukan tentang Alif kerana dia masih lagi suami Aisyah.
“Kadang-kadang bila orang buat satu kesalahan ini, segala kebaikan tu kita tak nampakkan.”
Katanya mungkin ada yang mempersoalkan mengapa perkahwinan itu perlu berlaku ketika Aisyah sedang sarat mengandung, namun dia menganggap perkara itu sebagai takdir yang telah ditentukan oleh Allah.
“Mungkin ada yang tanya, kenapa waktu Aisyah mengandung juga Alif nak kahwin? Itulah jodoh, ajal dan maut itu tak kira apa situasi kita.
“Tetapi sekiranya ketetapan Allah pada waktu itu dan kita kena terimalah. Yang dah lepas, kita lepaskan dulu. Kita cuba bertenang dan ‘life must go on’ (hidup perlu diteruskan),” jelasnya lagi.
Apa yang menarik perhatian, Aisyah ketika disoal mengenai konflik yang sedang melanda perkahwinannya menjawab segalanya dengan tenang dan positif.
Melihat di ruangan komen, ramai yang memberikan kata semangat kepada wanita itu dan mendoakan dia menjadi seorang yang kuat.