fbpx
Now Reading
“Sedih Tengok Budak-Budak Sekarang” – Gen Z Tidak Kenal Pak Lah Tapi Tahu Alif Teega [Video]

“Sedih Tengok Budak-Budak Sekarang” – Gen Z Tidak Kenal Pak Lah Tapi Tahu Alif Teega [Video]

Rata-rata daripada mereka mengenali gambar yang pertama iaitu influencer Alif Teega berbanding Perdana Menteri Ke-5, Pak Lah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seakan-akan sudah menjadi trend, kebanyakan pencipta kandungan video antaranya seperti golongan TikTokers gemar menyediakan kandungan yang bersifat menguji pengetahuan am.

Rata-rata daripada mereka akan memilih dan menyoal soalan kepada individu yang dipilih secara rawak.

Lazimnya, soalan yang diajukan berbentuk pengetahuan am tentang sejarah negara, perkara trending atau figura umum yang seharusnya diketahui oleh setiap rakyat Malaysia.

Golongan Muda Tidak Kenal Tun Abdullah Ahmad Badawi

Sekali lagi, tular video eksperimen sosial yang memaparkan temubual seorang TikTokers bersama golongan muda.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun @raffisimple, pemuda berkenaan bertanyakan soalan kepada beberapa individu yang ditemuinya.

Lelaki yang dikenali sebagai Raffi itu menunjukkan dua gambar di telefon bimbitnya. Gambar yang pertama merupakan influencer Alif Teega manakala gambar yang kedua merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dia kemudian menanyakan kepada individu terlibat sama ada mengenali atau tidak figura yang terpapar di telefon bimbit miliknya itu.

Respon Yang Diberi Amat Menyedihkan

Respon yang diberikan oleh empat orang anak muda berkenaan nyata menyedihkan. Rata-rata daripada mereka mengenali gambar yang pertama iaitu influencer Alif Teega.

Malah, ada yang turut membandingkan influencer berkenaan dengan watak yang terdapat dalam animasi The Larva.

Namun, ketika ditunjukkan gambar bekas Perdana Menteri Malaysia yang terkenal sebagai Pak Lah, ada yang tahu individu itu merupakan Perdana Menteri Malaysia namun kesemua mereka tidak dapat memberikan jawapan dan nama yang tepat.

Malah, ada yang menamakan beliau sebagai ‘Dato’ Abdul Rahman’ walhal Pak Lah yang juga bapa mentua bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin seharusnya dikenali memandangkan beliau adalah Perdana Menteri ke-5 dan memegang tampuk pemerintahan negara dari tahun 2003 hingga 2009.

Warganet Saran Wujudkan Kembali UPSR, PMR& PLKN

Video tersebut nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata sedih melihat generasi muda pada masa kini yang tidak mengenali bekas pemimpin negara.

Malah, ada yang mencadangkan agar peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) serta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dikembalikan semula bagi menerapkan semangat perpaduan dan cintakan sejarah dalam diri anak muda.

Terdahulu, pernah tular satu video eksperimen sosial yang turut memaparkan konsep yang sama.

Beberapa individu dari Generasi Z (Gen Z) ditunjukkan gambar Lisa dari kumpulan Blackpink dan Bapa Kemerdekaan iaitu Tunku Abul Rahman.

Kebanyakan daripada mereka memberikan respon yang sama seperti video di atas di mana mereka lebih mengenali artis berkenaan berbanding Bapa Kemerdekaan itu.

Berikut antara komen netizen:

Kena Wujudkan Semula UPSR & PMR

Dato’ Abdul Rahman? PM Pun Tak Kenal, Kalau Alif Teega Laju Je Jawapan Dia

Serius La Tun Abdullah Ahmad Badawi Tak Kenal?

Sedihnya Bekas Perdana Menteri Yang Banyak Berjasa Kepada Rakyat Depa Boleh Tak Kenal

Pak Lah Pun Depa Tak Kenal

Baca Artikel Berkaitan: “Susuk Tubuh Yang Dirindui” –Tular Keadaan Terkini Pak Lah Buat Ramai Sebak & Titip Doa [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Respon Gen Z Menyedihkan, Kenal Lisa Blackpink Tapi Tak Kenal Tunku Abdul Rahman [VIDEO]

Baca Artikel Berkaitan: ‘Teruk Betul’ – Netizen Kecewa Segelintir Influencer Tak Tahu Bendera Negeri Malaysia [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.