fbpx
Now Reading
“Susuk Tubuh Yang Dirindui” –Tular Keadaan Terkini Pak Lah Buat Ramai Sebak & Titip Doa [Video]

“Susuk Tubuh Yang Dirindui” –Tular Keadaan Terkini Pak Lah Buat Ramai Sebak & Titip Doa [Video]

Sebelum ini, menantu Tun Abdullah Ahmad Badawi, Khairy Jamaluddin mendedahkan mengenai penyakit demensia yang dihadapi beliau.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang menunjukan keadaan terkini bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih mesra disapa Pak Lah selepas menyepi daripada dunia politik.

Menerusi hantaran video di akaun TikTok @romyirwanshah9977, kelihat bekas Perdana Menteri ke-5 itu sedang berada di atas kerusi roda dalam keadaan yang uzur.

Di dalam video tersebut, juga kelihatan bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Sri Reezal Merican Naina Merican menyambut kehadiran Pak Lah sejurus beliau keluar daripada kenderaannya.

Pak Lah kelihatan lemah duduk di atas kerusi roda

Pak Lah yang juga bapa mentua kepada bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin itu dilihat berada dalam keadaan yang lemah tidak seperti dahulu lagi semasa memimpin negara.

Difahamkan, kehadiran Pak Lah di The TL House Puncak Bukit Birut, Sungai Petani, Kedah itu bagi menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-84 semalam (26 November).

“Susuk tubuh yang dirindui. Selamat ulang tahun kelahiran buat Pak Lah yang ke-84 tahun dari kami seluruh rakyat Malaysia,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@romyirwanshah9977

i miss you our #PM5 #PakLah #TunAbdullahAhmadBadawi 🥺 Selamat Ulangtahun Kelahiran buat Pak Lah yang ke 84 dari kami seluruh rakyat Malaysia…

♬ original sound – ROMY IRWAN (Saga Grab Driver)✅ – ROMY IRWAN SHAH ✅

Dalam pada itu, menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook Reezal, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam itu memaklumkan bahawa majlis sambutan hari lahir Pak Lah dihoskan oleh Datuk Haji Roslan Saidin.

“Turut hadir dalam majlis ini adalah Tun Dato’ Seri Utama Dr. Haji Abdul Rahman Abbas, mantan Tuan Yang Terutama Negeri Pulau Pinang yang ke-7.

“Meriah sungguh majlis malam ini. Ini juga bukti Pak Lah sentiasa dirindukan oleh masyarakat dan sahabat handai,” kata Reezal.

Khairy Jamaluddin dedah Pak Lah hidap penyakit demensia

Terdahulu pada Mei lalu, Khairy Jamaluddin buat pertama kalinya mendedahkan mengenai penyakit demensia yang dihadapi oleh Pak Lah menerusi podcast ‘Keluar Sekejap’ di YouTube.

Menurut Khairy, Pak Lah mula menunjukkan tanda kemerosotan kognitif (cognitive impairment) sejak 2009 selepas beliau bersara daripada jawatan Perdana Menteri.

Susulan itu, bekas Ketua Pemuda UMNO itu meminta agar orang ramai mendoakan kesihatan bapa mentuanya.

Netizen sebak dan titip doa selepas lihat keadaan kesihatan terkini Pak Lah

Memindai di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial sebak melihat keadaan kesihatan terkini bekas Presiden parti UMNO itu.

Kebanyakan netizen juga menitipkan doa agar Pak Lah diberikan kesihatan selain memberi pujian terhadap sumbangan bekas Perdana Menteri itu semasa memerintah negara dahulu.

Pak Lah PM-5 dari tahun 2003 sehingga 2009

Sekadar info, Tun Abdullah mula dilantik sebagai Perdana Menteri ke-5 Malaysia pada tahun 2003 selepas Tun Mahathir meletakkan jawatannya.

Semasa pemerintahannya selama enam tahun sehingga 2009, Pak Lah cukup dikenali sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan Malaysia.

Berikut komen yang diberikan oleh netizen
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.