Saiz Anak Dalam Kandungan Kecil, Aisyah Hijanah Minta Orang Ramai Doakan
Menurut Aisyah terdapat banyak faktor bayi dalam kandungannya kecil mungkin kerana stres, kurang selera makan dan saiz badan yang kecil.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak beberapa hari lalu kisah influencer, Alif Teega berkahwin dua mula menjadi perbualan hangat di pelbagai platform media sosial.
Malah perkara itu turut disahkan sendiri oleh Alif dan juga isteri pertamanya iaitu Aisyah Hijanah.
Lantaran itu, orang ramai mula mempersoal tindakan lelaki berkenaan berkahwin lain meskipun tahu di sisi agama ia bukan sesuatu yang dilarang.
Ini kerana mereka sebelum ini dilihat bahagia bersama meskipun baru-baru ini timbul isu yang kononnya Alif terkena penyakit ain.
Selain itu, mereka turut mendoakan agar Aisyah yang kini sedang hamil anak ketiga untuk terus kuat dalam menghadapi perkara tersebut.
Saiz anak dalam kandungan kecil daripada umur
Baru-baru ini, Aisyah menerusi Instagram Story miliknya memaklumkan anak dalam kandungannya itu mempunyai saiz yang sedikit kecil.
Jelasnya, menerusi imbasan atau scan yang dilakukan saiz janin itu didapati kecil daripada umur yang sepatutnya.
Banyak faktor bayi kecil dari umur seperti stress
Katanya terdapat banyak faktor yang menyebabkan saiz bayi itu kecil seperti tekanan, saiz badan ibu dan juga pemakanan.
“Bayi agak kecil daripada umurnya. Mungkin banyak faktor, badan saya yang kecil, stress sepanjang isu dan kurang selera makan.
“Doakan semoga bayi perempuan ini diberikan takdir yang baik, rezeki, dan jodoh yang baik. Dibesarkan dengan baik dan dijadikan anak yang mudah masuk ke syurga,” tulisnya.
Ucap terima kasih pada yang prihatin
Aisyah dalam satu lagi muat naik di Instagram Story turut berterima kasih kepada orang ramai yang prihatin terhadapnya.
Malah dia turut menyatakan tujuan menulis kenyataan itu hanyalah untuk menjernihkan dan memurnikan keadaan yang sedang berlaku.
“Pertama sekali saya berterima kasih buat semua yang ‘prihatin’ dan memberi kata-kata motivasi. Semoga dengan motivasi kalian, Allah memberikan kemudahan dan kebahagiaan buat kalian semua.
“Alhamdulillah semuanya dalam keadaan yang baik. Tetapi atas komitmen saya kepada syarikat saya iaitu Hijanah, saya tetap perlu membuat ‘live’ seperti biasa,” jelasnya.
Minta diberikan ruang berhubung isu yang sedang dihadapi, tak mahu jadi lebih besar
Dia dalam pada itu turut meminta orang ramai untuk memberikannya ruang serta tidak bertanya lagi mengenai isu yang sedang berlaku kerana bimbang ia akan menyebabkan ia menjadi lebih besar.
“Doakan bayi dalam kandungan saya dipelihara daripada sebarang kemudaratan. Insya-Allah saya cuba sebaiknya menjaga dengan baik dan selamat. Alhamdulillah semalam baru ‘detail scan’ dan bayi dalam keadaan yang baik.
“Tetapi agak kecil daripada umurnya. Rakan-rakan psikologi juga ada yang memeriksa dan menjaga kesejahteraan mental saya.”
Dia juga turut menghargai motivasi dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh semua.
Ujarnya, meskipun tidak kenal secara rapat namun motivasi yang diberikan berguna buatnya di masa akan datang.
“Doakan semoga semuanya baik-baik sahaja dan kita boleh teruskan hidup dengan lebih baik,” tulisnya lagi.