fbpx
Now Reading
Tular Dakwaan Pukul Isteri & Berseronok Dengan Wanita Lain, Alif Teega Nak Ambil Tindakan Undang-Undang

Tular Dakwaan Pukul Isteri & Berseronok Dengan Wanita Lain, Alif Teega Nak Ambil Tindakan Undang-Undang

Alif turut menyifatkan tindakan pihak berkenaan memfitnahnya memukul Aisyah dan berseronok dengan perempuan lain adalah sesuatu yang melampau.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui netizen di media sosial kini sedang hangat membincangkan isu membabitkan influencer, Alif Teega sebaik dia membuat pengumuman telah berkahwin dua, semalam (26 November).

Malah sebaik pengumuman itu dibuat di Instagram miliknya, ruangan komen influencer berkenaan turut dibanjiri dengan orang ramai yang kurang senang dengan perkara tersebut selain berasa kasihan dengan nasib isteri pertamanya, Aisyah Hijanah.

Individu dakwa Alif kasari isteri dan sifatkan dah setahun ada hubungan terlarang

Beberapa jam kemudiannya tular dakwaan yang dibuat oleh seorang individu dipercayai adik kepada Aisyah yang mendakwa Alif telah mengasari kakaknya selain turut menyifatkan dia seorang lelaki yang dayus.

Dalam satu lagi perkongsian di Insta Story individu berkenaan turut mendakwa Alif sudah setahun mempunyai hubungan terlarang.

Perkara itu kemudiannya mula sohor apabila ia turut dikongsikan oleh netizen di media sosial sekaligus menjadi persoalan orang ramai.

Alif dedah akan ambil tindakan undang-undang

Sedar perkara itu menjadi bualan, Alif menerusi Instagram Story memaklumkan dia akan mengambil tindakan undang-undang berhubung kenyataan dikeluarkan oleh pihak terbabit.

Jelas influencer itu, dia faham ramai yang berasa sedih, marah serta kecewa namun merasakan fitnah yang dilemparkan adalah suatu yang melampau.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, Alif menegaskan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya ada kalangan ahli keluarganya yang turut menabur fitnah.

Enggan maafkan individu melemparkan fitnah

Malah dia juga enggan memaafkan apa yang telah dilakukan oleh pihak terlibat.

“Assalamualaikum semua. Alif faham ramai yang sedih, marah, kecewa semuanya digaul sekali.

“Tapi sehingga keluar kata-kata tak baik, menghina paling menyedihkan fitnah Alif buat perkara yang bukan-bukan pada Aisyah. Pukul, berkasar dan lain-lain. Berseronok dengan perempuan lain.

“Allahurabbi. Terlalu melampau, tak apa apa demi Allah saya tak maafkan. Bila dah bermain dengan maruah saya, saya terpaksa untuk ambil tindakan undang-undang walaupun datangnya dari keluarga saya sendiri.”

Alif Teega

Minta jangan ada pihak buat spekulasi atau sebar fitnah

Alif dalam hantaran sama mengatakan pengumuman mengenai pernikahan keduanya itu adalah atas persetujuan bersama.

Dia dalam pada itu, turut meminta agar jangan ada mana-mana pihak yang membuat spekulasi atau fitnah dan mendoakan yang terbaik buat rumahtangganya.

“Saya dan Aisyah memang bercadang untuk umumkan pernikahan saya ini atas persetujuan. Kami okay, perlahan-lahan terima dan satu-satu Alif dan Aisyah akan uruskan.

“Janganlah buat spekulasi atau fitnah bukan-bukan lagi. Doakan yang baik-baik sahaja. Saya dah urus rumahtangga saya baik-baik.

“Saya ketua keluarga tapi disebabkan orang lain jadi tambah masalah ya,” katanya lagi.

Walau bagaimanapun, hantaran yang dimuat naik di Insta Story itu telah pun dipadamkan oleh influencer berkenaan.

Baca artikel berkaitan: Adik Aisyah Hijanah Dakwa Alif Teega Kasari Isteri, Sudah Setahun Ada Hubungan Terlarang

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.