fbpx
Now Reading
Adik Aisyah Hijanah Dakwa Alif Teega Kasari Isteri, Sudah Setahun Ada Hubungan Terlarang

Adik Aisyah Hijanah Dakwa Alif Teega Kasari Isteri, Sudah Setahun Ada Hubungan Terlarang

Individu berkenaan turut menyifatkan Alif sebagai seorang yang dayus atas tindakan yang telah dilakukan terhadap isteri pertamanya, Aisyah Hijanah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (26 November) influencer, Alif Teega menjadi bualan hangat selepas dia mengumumkan sudah berkahwin dua.

Perkara itu diumumkan oleh Alif yang juga suami kepada influencer dan usahawan, Aisyah Hijanah menerusi akaun media sosialnya seperti Instagram dan TikTok.

Meskipun tidak menyebut mengenai apa-apa perkataan mengenai isteri kedua atau pernikahan kedua perkara itu kemudiannya disahkan oleh Aisyah menerusi hantaran di media sosialnya.

Terima kasih pada isteri pertama kerana sabar dan tabah

Alif di dalam hantaran sama turut berterima kasih kepada isteri pertamanya itu atas kesabaran dan ketabahan meskipun tahu ia adalah suatu perkara yang berat untuk diterima.

“Selama Aisyah menjadi isteri saya, tiada sebarang kekurangan padanya. Doa saya agar Allah hanya kekalkan kami sehingga ke syurga tapi percaturan Allah SWT buat saya dan Aisyah adalah berbeza.

“Terima kasih atas doa daripada kalian semua buat saya dan Aisyah. Aisyah adalah wanita pilihan Allah SWT yang subhanallah kuatnya luar biasa dan saya juga takjub dengan kekuatannya dalam hadapi setia ujian yang datang. Saya tak rasa wanita lain sanggup berada di tempat dia,” tulisnya.

Pengumumannya itu secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai yang kurang senang dengan pengumuman tersebut.

Alif Teega didakwa pukul isteri dan tak jalankan tanggungjawab

Namun tidak sampai beberapa jam pengumuman dilakukan, timbul pula dakwaan yang mengatakan influencer berkenaan tidak menjalankan tanggungjawab serta mengasari isterinya, Aisyah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Insta Story oleh seorang pemuda yang dipercayai ahli keluarga kepada Aisyah turut menyifatkan Alif sebagai seorang yang dayus selain dia mendakwa influencer itu berseronok dengan wanita lain ketika isteri sedang hamil.

“Saya tak pernah buat cerita sebegini. Kali ini sebab dah terlalu pendam.

“Wahai Alif, kami sekeluarga (Aisyah) tahu dan tengok setiap tindakan yang kau dah buat dekat kakak aku! Dayus!

“Sanggup kau pukul bini kau? Kata sayang bro? Bini kau tengah mengandung anak ketika kau berseronok dengan perempuan lain b*d*h!” katanya.

Beri peringatan mengenai video yang ingin dipadam

Individu itu turut mendakwa Alif ada cuba untuk menghapuskan bukti dalam sebuah video dashcam selain telah bertindak merosakkan sebuah telefon bimbit.

“Jangan lupa bukti yang kau nak hapuskan dashcam dalam kereta.

“Puas ke pukul kakak aku? Telefon berkecai, anak kau kata ‘baba jahat’ dah membuktikan dah. Sorry aib tak aib tapi kalau dah sampai kau angkat tangan dengan kaki kau dekat kakak aku memang aku masuk campur.

“Bengap tak sudah, memalukan nama influencer yang membawa konten agama,” jelasnya lagi.

Individu itu turut menyifatkan dia tidak pernah berasa bangga mempunyai abang ipar seperti Alif.

Dakwa Alif sudah ada hubungan selama setahun

Malah individu itu turut mendakwa Alif telah mempunyai hubungan bersama wanita dinikahi itu selama setahun selain meminta influencer berkenaan mengingati siapakah yang bersamanya ketika susah dan senang.

“Aku mampu tersenyum je bila akan komen menyebelahi kau, yelah kita ni siapa je berbanding kau yang influencer. Media sosial lain dari kehidupan sebenarkan.. Betul tak Alif?

“Kami sekeluarga tak terkejut hubungan terlarang kau sebenarnya setahun dah.

“Tak gentleman bro, kawallah nafsu kau tu. Ingat dulu zaman turun naik kau dengan bini kau!”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.