fbpx
Now Reading
Aman Palestin Beri SPRM 3 Hari Untuk Nyahbekukan Akaun Atau Berdepan Tindakan Undang-Undang [Video]

Aman Palestin Beri SPRM 3 Hari Untuk Nyahbekukan Akaun Atau Berdepan Tindakan Undang-Undang [Video]

Menurut peguam mewakili Aman Palestin, Muhammad Rafique sekiranya SPRM gagal untuk menyahbekukan akaun dalam tempoh diberikan, tindakan undang-undang akan dilakukan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah bertindak membekukan sebanyak 41 akaun milik Aman Palestin Bhd (Aman Palestin) termasuk beberapa entiti syarikat lain yang berkaitan.

Pembekuan akaun itu dilakukan untuk menjalankan siasatan selepas terdapat dakwaan syarikat terbabit telah menyalahgunakan wang sumbangan daripada orang ramai sejak 17 Oktober lepas.

Susulan daripada itu, SPRM kemudian bertindak merakam beberapa keterangan daripada saksi dan menerusi hasil siasatan awal mengenal pasti beberapa isu melibatkan penyelewengan dana sekitar RM70 juta yang disalurkan atas tujuan selain objektif penubuhan syarikat tersebut.

Baca artikel berkaitan: SPRM Bekukan Akaun Aman Palestin, Disyaki Dana RM70 Juta Disalurkan Bagi Tujuan Lain

Aman Palestin bagi tempoh tiga hari kepada SPRM untuk nyahbeku akaun

Terbaharu, Aman Palestin tampil dalam satu sidang media dan meminta SPRM untuk menyahbekukan akaun berkenaan.

Bukan hanya itu, pertubuhan amal itu juga memberikan tempoh selama tiga hari kepada agensi penguatkuasaan itu untuk melakukan hal demikian sejak ia dibekukan pada minggu lepas.

Akan ambil tindakan undang-undang jika gagal nyahbeku dalam tempoh masa diberi

Menurut peguam yang mewakili Aman Palestin, Muhammad Rafique Rashid Ali jika SPRM gagal untuk menyahbekukan akaun berkenaan dalam tempoh diberikan, pihak syarikat akan mengambil tindakan undang-undang.

“Aman Palestin telah mengutus surat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM serta Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM, hari ini (27 November), memberi notis bawah Seksyen 44A Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFAPUAA) 2001 untuk perintah pembekuan ini dibatalkan dan atau diubah,” ujarnya, lapor Berita Harian.

Mahu perkara ini dibahaskan di Parlimen

Kata peguam itu lagi, Aman Palestin dalam masa sama turut menggesa agar isu tersebut dibahaskan di Parlimen tidak kiralah kerajaan atau pembangkang.

“Isu derma dan bantuan kepada Palestin adalah isu sejagat. Kerajaan mesti menjelaskan mengapa agensi penguat kuasa bawah kerajaan mengambil tindakan membekukan akaun bagi aktiviti-aktiviti kemanusiaan,” jelasnya.

Peguam itu turut mendakwa dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada 23 November lepas merupakan komplot yang terancang serta propaganda jahat bagi membunuh karakter syarikat tersebut termasuk ahli Lembaga Pengarahnya.

“Aman Palestin dan ahli-ahli Lembaga Pengarahnya kini disiasat oleh SPRM. Kali pertama SPRM hadir ke premis berdaftar Aman Palestin ialah pada 17 Oktober lalu, dan tiada serbuan atau tangkapan dibuat ketika itu.”

Dakwanya lagi, agensi penguatkuasaan itu membuat penggeledahan serta pembekuan akaun tersebut sehari selepas kenyataan media dikeluarkan pada minggu lalu.

“Kerjasama baik diberikan oleh Aman Palestin mulai tarikh 17 Oktober hingga sekarang. Semua dokumen yang diminta juga diserahkan salinan masing-masing.

“Hingga kini, Aman Palestin telah mengeluarkan kos membuat salinan dokumen-dokumen berkenaan sebanyak hampir RM12,000.”

Beberapa individu telah dipanggil oleh SPRM

Kata peguam itu, setakat ini terdapat beberapa individu sudah dipanggil ke pejabat agensi penguatkuasaan di Putrajaya seperti Ketua Pegawai Eksekutif, Awang Sufian Awang Piut, dan juga lima ahli Lembaga Pengarah Aman Palestin.

Muhammad Rafique dalam pada itu turut memaklumkan bahawa tidak semua 41 akaun yang dibekukan adalah milik syarikat berkenaan, tetapi ia termasuk milik rakan stratergik Aman Palestin serta akaun-akaun ahli Lembaga Pengarah dan juga kakitangan.

Beliau turut meminta agar pihak SPRM untuk menjawab segala persoalan termasuk tindakan membekukan akaun kutipan dana dan bantuan kemanusiaan.

“Mengapa tindakan itu diambil hanya sehari selepas Aman Palestin mengumumkan penyaluran wang untuk Kempen Bantuan Musiam Sejuk dan ketika gencatan senjata diisytiharkan?

“Bagaimana wang derma, sumbangan rakyat dan individu-individu dikategorikan sebagai hasil aktiviti haram?” soalnya lagi.

Tambahnya lagi, rakyat di negara Palestin kini sedang menunggu bantuan kemanusiaan termasuklah daripada Malaysia melalui Aman Palestin.

Malah dia turut memberitahu selama 18 tahun Aman Palestin di dalam bidang kemanusiaan syarikat itu telah mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Bukan hanya itu, mereka turut mendapat pengiktirafan serta penghargaan dari rakyat di negara Timur Tengah itu.

Jongkong emas yang dirampas adalah pelaburan

Sementara itu, syarikat berkenaan turut menafikan berhubung jongkong emas yang telah dirampas pihak SPRM itu ada kaitan dengan penyelewengan.

Tetapi jongkong emas berkenaan didakwa merupakan pelaburan dan perkara itu dibenarkan melalui kuasa yang diberikan oleh ahli Lembaga Pengarah Aman Palestin.

Kata peguam itu, Aman Palestin mempunyai kuasa yang diberikan kepada ahli Lembaga Pengarah syarikat berkenaan termasuk kuasa untuk melabur yang ada dalam pelbagai mekanisme.

“Ia tidak salah. Lagipun emas itu bernilai dan berharga serta muda ditukarkan kepada tunai sebelum dihantar kepada mereka yang memerlukan bantuan.”

Dakwa tuduhan seleweng berniat jahat

Beliau turut menegaskan tuduhan menyeleweng itu disifatkan sesuatu yang tak betul, tidak berintegriti serta berniat jahat.

Selain itu, syarikat terbabit turut mendakwa bahawa pihak mereka sentiasa membuat pengauditan dan dokumen itu juga boleh dilihat menerusi laman sesawang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.