fbpx
Now Reading
Sepakat Tiada Majlis Persandingan, Perkahwinan Shuib & Watie Dapat Tajaan Hampir RM2 Juta

Sepakat Tiada Majlis Persandingan, Perkahwinan Shuib & Watie Dapat Tajaan Hampir RM2 Juta

Shuib dan Watie bakal melangsungkan perkahwinan pada 23 Jun 2023.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perkahwinan merupakan detik yang paling ditunggu-tunggu buat pasangan bercinta. Ia merupakan detik penyatuan dua hati dengan ikatan yang sah.

Kata orang, apabila seseorang itu memasang niat hendak berkahwin, maka, dia akan dikurniakan rezeki yang tidak disangka.

Begitu juga yang terjadi kepada penyampai radio Suria FM dan usahawan, Shuib bersama pasangannya Watie Hanifiah yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 23 Jun Putra Glass Hall, Putra Height Selangor apabila mendapat tajaan hampir RM2 juta.

Tiga Majlis Termasuk Majlis Pernikahan Dapat Tajaan Sekitar RM1.7 Juta

Menurut Shuib, tajaan itu turut merangkumi lokasi majlis pernikahan yang akan diadakan di Putra Glass Hall, Putra Height Selangor, makanan dan barangan kemas.

“Untuk penajaan, membabitkan majlis khatam al-Quran, berinai sehinggalah akad nikah. Nilainya mencecah lebih sekitar RM1.7 juta termasuklah barangan kemas,” ujarnya.

Namun, tidak hanya bergantung kepada 100% duit tajaan, Shuib dikatakan tetap menggunakan duitnya sendiri bagi kos-kos lain.

“Tetapi, bukanlah semua kos ditaja sebab saya ada keluarkan kos sendiri juga,” katanya.

Tiada Majlis Persandingan, Hanya Ada Majlis Pernikahan  

Menurut Shuib, dia dan Watie juga telah bersepakat untuk tidak mengadakan majlis persandingan namun hanya akan mengadakan majlis pernikahan.

Majlis pernikahan itu akan diadakan secara sederhana dengan jemputan terdiri daripada 600 orang ahli keluarga.

“Majlis ini kami adakan sederhana sahaja, tetapi, saya nak majlis akad nikah itu akan ada pelamin. Jadi, dapatlah bergambar bersama keluarga,” katanya.

Mengambil kira Watie yang memegang status sebagai anak dara, Shuib mahu menjadikan majlis pernikahan ini sebagai momen indah buat Watie walaupun tiada majlis persandingan dilaksanakan.

“Watie adalah anak dara dan ini perkahwinan pertamanya. Jadi, saya mahu majlis inj menjadi satu kenangan indah buat dia juga. Kami nak raikan semua orang terutamanya keluarga,” tambah Shuib.

Akui Gementar, Syukur Pegang Semula Status Suami

Shuib yang telah menduda selama hampir 2 tahun mengakui gementar untuk memegang semula gelaran suami. Namun, pada masa yang sama, dia turut menzahirkan rasa syukur kerana ditemukan dengan jodoh yang tepat.

“Saya bersyukur tetapi dalam masa sama berdebar kerana jodoh telah tiba dan Allah mempertemukan saya dengan wanita yang tepat,” ujar Shuib.

Menurut Shuib, Watie adalah calon yang sesuai buat diri dan anak-anaknya kerana dia dapat melihat keikhlasan dalam diri wanita itu.

“Watie seorang wanita yang baik dan ikhlas sukakan anak-anak saya. Perkara itu yang membuka hati saya kepadanya,” katanya.

Terdahulu, Shuib telah mengikat tali pertunangan bersama Watie pada 6 Mei yang lalu.

Untuk info, Shuib sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah pada tahun 2011.

Pasangan itu kemudiannya dikurniakan empat orang cahaya mata hasil daripada perkongsian hidup mereka. Namun, Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Hormat Langsung” – Gurauan ‘Jodoh’ Rosyam Dengan Shuib Sewaktu AME 2021 Dikecam Netizen [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Dia Bukan Milik Saya Allah Pinjamkan 11 Tahun Sahaja, 11 Tahun Yang Luar Biasa” – Shuib [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.