Lelaki Nigeria Bunuh Ketua Jururawat Terlepas Hukuman Mati

Masihkah anda ingat kes yang pernah menggemparkan negara melibatkan pembunuhan ketua jururawat Hospital Serdang pada 4 tahun yang lalu.

Kejadian tragis itu mula hangat diperkatakan apabila mangsa, Siti Kharina ditemui mati di sebuah unit Kondominium Third Avenue, Cyberjaya pada 16 Mei 2019.

Kejadian itu dilaporkan oleh orang awam yang melihat darah mengalir keluar daripada kondominium berkenaan.

Tertuduh, Alowonle Oluwajuwon Gilbert kemudiannya telah dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 4 Ogos 2021 selepas didapati bersalah membunuh Siti Kharina.

Walau bagaimanapun, mahkamah membenarkan hukuman itu ditangguhkan sehingga selesai keputusan rayuan pihak pembelaan di Mahkamah Rayuan.

Tertuduh Terlepas Hukuman Gantung, Diganti Hukuman Penjara & Sebat

Semalam (9 Ogos), Mahkamah Rayuan menetapkan hukuman mati yang dijatuhkan terhadap Gilbert digugurkan dan digantikan dengan hukuman penjara 35 tahun dan 12 sebatan.

Hukuman itu ditetapkan oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S.M. Komathy Suppiah dan akan bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 16 Mei 2019.

Panel Hakim Tolak Sabitan Membunuh

Walau bagaimanapun, mahkamah menolah rayuan Gilbert tehadap sabitan membunuh Siti Kharina dan sabitan itu dikekalkan.

Menurut Veer, tiada keperluan bagi mahkamah untuk mempertimbangkan sama ada pembelaan berkanun lain digunakan untuk Gilbert kerana hakim perbicaraan telah menolak pembelaan alibinya (Gilbert).

Malah, mahkamah rayuan juga tidak menemui sebarang pembelaan berkanun yang boleh dikenakan terhadapnya.

Berhubung hukuman, mahkamah turut mendapati tiada bukti yang diselindung oleh pihak pendakwaan kerana tidak memberikan keseluruhan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kondominium itu kepada pihak pembelaan dalam tempoh beberapa hari selepas kejadian berlaku.

Sekiranya rakaman itu penting untuk kes pembelaan, Gilbert sepatutnya membuat permohonan untuk mendapatkannya, kata beliau.

Hukuman Mati Diketepikan Susulan Pindaan Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Susulan Pindaan Seksyen 302 Kanun Keseksaan serta berdasarkan fakta dan kes, mahkamah bersetuju dengan peguam Afifuddin Ahmad Hafifi bahawa hukuman mati perlu diringankan.

“Kami mengetepikan hukuman mati dan menggantikannya dengan penjara 35 tahun dari tarikh tangkap dan dia juga akan dikenakan 12 sebatan,” katanya.

Tambah Afifudin lagi, tiada bukti bahawa pembunuhan itu dirancang memandangkan darah tertuduh turut ditemui pada pakaian mangsa dan di tempat kejadian.

Pegaduhan mungkin berlaku secara tiba-tiba sehingga menyebabkan berlaku pergelutan antara Gilbert dan Siti Kharina.

Untuk info, mayat ketua jururawat itu ditemui terbaring dalam keadaan tidak berpakaian lengkap, selain terdapat kesan kelar pada dada, leher dan kepala mangsa.

Hasil perbicaraan menunjukkan Gilbert didapati bersalah membunuh Siti Kharina di Kondominimum Third Avenue, Cyberjaya antara 12.41 pagi pada 9 Mei dan 2.30 petang pada 15 Mei 2019.

Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan hukuman mati terhadap Gilbert pada 4 Ogos 2021 namun hukuman ini ditangguhkan sehingga selesai keputusan rayuan.

Baca Artikel Berkaitan: Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846) Berkuatkuasa Hari Ini

Baca Artikel Berkaitan: Hukuman Mati Mandatori Sah Dimansuhkan Di Malaysia

Recent Posts

  • Trending

“Terima Kasih Atas Teguran” – Daiyan Trisha Batalkan Kontrak Dengan Beberapa Jenama Antarabangsa

Menurut Daiyan Trisha, dia bersyukur kerana isu ini telah membawa orang ramai untuk kembali fokus…

34 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

18 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

18 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

18 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

19 hours ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

19 hours ago