fbpx
Now Reading
Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846) Berkuatkuasa Hari Ini

Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846) Berkuatkuasa Hari Ini

Rang Undang-Undang (RUU) Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 3 April.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berdasarkan kepada warta kerajaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara pada 30 Jun lalu, Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846) mula berkuatkuasa pada hari ini (4 Julai).

Pelaksanaan tarikh kuat kuasa ini telah ditetapkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi).

“Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 1(2) Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846), Menteri menetapkan 4 Julai 2023 sebagai tarikh Akta itu mula berkuat kuasa,” menurut warta itu.

Terdahulu, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 pada 3 April.

Tujuan pelaksanaan RUU ini adalah bagi memansuhkan hukuman mati mandatori dan mengubah hukuman penjara sepanjang hayat dan sebatan.

Mahkamah Mempunyai Budi Bicara Jatuhkan Hukuman

Melalui penguatkuasaan ini, mahkamah mempunyai budi bicara dalam menjatuhkan hukuman mati atau penjara.

Ini bermaksud, mahkamah boleh menjatuhkan hukuman mati atau penjara bagi tempoh tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun.

Sekiranya hukuman mati tidak dijatuhkan, individu yang didapati bersalah hendaklah juga dijatuhkan hukuman sebatan tidak kurang 12 kali.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.