Setiap pasangan suami isteri di dunia ini sudah pasti mahu hubungan yang dibina berkekalan hingga akhir hayat. Walau bagaimanapun, sudah menjadi adat dalam berumah tangga, ada pasang surutnya.
Ini kerana tidak semua pasangan menikmati saat bahagia sepanjang masa, pasti akan ada cabaran dan dugaan yang melanda untuk mengukuhkan lagi hubungan tersebut.
Namun, ada segelintir suami isteri yang tidak kuat dan mampu untuk menempuh dugaan itu hingga menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan terutama sekiranya masalah tersebut sudah tidak menemui jalan penyelesaian.
Malah, sejak akhir-akhir ini, seringkali kedengaran penceraian yang terjadi hanya kerana isu yang remeh dan kecil.
Susulan daripada ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar menasihatkan pasangan suami isteri terutamanya yang beragama Islam dan baru mendirikan rumah tangga untuk berpegang teguh kepada perkara agama.
Ini kerana menurut beliau, berdasarkan kepada trend pembubaran perkahwinan di seluruh negara, banyak kes penceraian yang terjadi hanya disebabkan oleh perkara atau isu remeh.
“Jika berdasarkan pengalaman saya ketika di Mahkamah Syariah sebelum ini, ada suami minta cerai hanya kerana si isterinya masak kurang garam,” kata beliau dipetik daripada Kosmo.
Tambah beliau, dalam usaha untuk membantu pasangan suami isteri mengekalkan perkahwinan, setiap negeri mempunyai prosedur yang baik melalui enakmen keluarga Islam.
“Ini termasuk kalau ada permohonan cerai, maka jawatankuasa pendamai (JKP) akan dibentuk mahkamah syariah bagi ajak pasangan berkenaan agar boleh berdamai semula,” ujarnya.
Pada masa yang sama, menurut Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff, dalam usaha untuk mengukuhkan perkahwinan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan melakukan penambahbaikan semula pengisian modul bersepadu bagi Kursus Pasca Perkahwinan sejak ia mula diperkenalkan pada tiga tahun yang lalu.
Malah, JAKIM juga akan mengemas kini modul Kursus Pra Perkahwinan yang diwajibkan kepada semua bakal pasangan suami isteri Muslim agar sentiasa relevan.
Terdahulu, media melaporkan sebanyak 43,934 kes penceraian yang berlaku pada tahun 2021 di Malaysia dan daripada jumlah ini, 23,000 terdiri daripada pasangan muda yang berusia di bawah 35 tahun.
Antara punca yang menyumbang kepada penceraian adalah masalah kewangan, tiada persefahaman, kurang matang dan tiada ilmu pernikahan.
Baca Artikel Berkaitan: JAIS Cadang Wajibkan Kursus Selepas Berkahwin Sebagai Usaha Atasi Kes Penceraian
Baca Artikel Berkaitan: Trend Penceraian Makin Meningkat, Pakar Cadang ‘Upgrade’ Modul Kursus Praperkahwinan
Menurut usahawan terkenal itu, dia sudah putus asa dan mahu memberikan peluang kepada artis-artis baharu…
Topik ini mula timbul selepas video seorang influencer TikTok bertanya kepada beberapa individu apakah definisi…
Menurut Amsyar, insiden dirakam kira-kira jam 7.40 pagi pada 13 Mei ketika dia menuju ke…
Menerusi video tersebut, kelihatan penunggang motosikal terbabit memukul cermin sisi kereta Ativa berkenaan dan menyebabkan…
Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan ibu pemuda berkenaan dilihat sedang memilih bunga perhiasan serta…
Menurut Aisyah ayahnya sakit sejak tahun 2021 kerana sakit saraf manakala si ibu pula sakit…