Tular Video Wanita Dakwa Dipukul Anggota Polis, PDRM Jalankan Siasatan

Sejak beberapa hari lepas, kecoh di media sosial rakaman video insiden seorang wanita dipukul oleh seorang lelaki yang didakwa anggota polis.

Menerusi video yang dikongsikan melalui akaun Instagram @Kongsi.Viral, mangsa dipercayai bakal isteri kepada anggota badan beruniform itu dipukul selepas anggota berkenaan kantoi curang dengan wanita lain.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku seminggu sebelum mereka bakal mendirikan rumah tangga dan menjalinkan hubungan sebagai suami isteri.

Polis Siasat Dakwaan Anggota Polis Pukul Wanita

Susulan daripada video yang tular, Polis Selangor semalam (25 September) telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung kejadian tersebut.

Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi, hasil semakan mendapati video yang berdurasi 1 minit 26 saat itu merupakan video lama yang telah ditularkan semula.

Polis Selangor telah membuka kertas siasatan tatatertib berhubung perkara itu dan siasatan masih dijalankan memandangkan tiada laporan polis dibuat berhubung insiden berkenaan.

Tambah beliau, hasil semakan juga mendapati lelaki dalam video berkenaan merupakan seorang anggota polis yang bertugas di Kontinjen Selangor dan sedang menjalani cuti sakit disebabkan lumpuh separuh badan.

Tidak Akan Kompromi Dengan Mana-Mana Pihak

Menurut Sasikala lagi, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terutama yang melibatkan anggota polis Selangor.

β€œTindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan,” ujarnya.

πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π πŒπ„πƒπˆπ€ π“πˆπŒππ€π‹π€π πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘ Kenyataan Media Timbalan Ketua Polis Selangor Berhubung Video tular dakwaan seorang wanita dipukul oleh Penjawat Awam. Tarikh dikeluarkan: 25 September 2023.

Posted by Polis Selangor on Monday, 25 September 2023

Terdahulu, video yang dikongsikan itu nyata menarik perhatian netizen terutama di Instagram dan Twitter.

Rata-rata mereka tidak berpuas hati dan geram dengan tindakan lelaki terbabit yang kedengaran memukul wanita berkenaan berkali-kali serta turut mengugutnya.

Malah, apa yang lebih membuatkan warganet geram adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh anggota polis berkenaan kepada bakal isterinya itu.

β€œSekali aku pukul kau, sampai kahwin aku pukul kau,” kata lelaki itu di video tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Cedera Dipukul Bapa Gara-Gara Tak Beritahu Sudah Kerja Jadi Jurujual

Baca Artikel Berkaitan: Baru Setahun Berkahwin, Wanita Di Terengganu Maut Dipukul Suami Dengan Tukul

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

2 days ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

β€œTak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago