fbpx
Now Reading
Wanita Cedera Dipukul Bapa Gara-Gara Tak Beritahu Sudah Kerja Jadi Jurujual

Wanita Cedera Dipukul Bapa Gara-Gara Tak Beritahu Sudah Kerja Jadi Jurujual

Menerusi siasatan awal dijalankan pihak polis, bapa berkenaan bertindak memukul anak perempuannya kerana tidak puas hati dengan wanita itu yang tidak memberitahu dia telah bekerja sebagai jurujual di Sungai Buloh.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita mengalami kecederaan teruk seperti luka selepas dipukul oleh bapanya dengan menggunakan rotan kerana tidak memberitahu sudah bekerja sebagai jurujual.

Kejadian tersebut berlaku pada 7 Ogos di Kampung Melayu Raya, Segamat, Johor.

Jelas Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah laporan berhubung kes membabitkan wanita berumur 20 tahun telah diterima polis jam 12.16 tengah malam hari yang sama.

Polis tahan lelaki berusia 45 tahun

Katanya, siasatan kemudian segera dilakukan dan polis menahan lelaki berusia 45 tahun di rumahnya jam 2.33 pagi pada 8 Ogos.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pukul 11 pagi semalam (7 Ogos) ketika bapa mangsa yang bekerja sebagai penoreh getah dikatakan berada di rumah.

“Ketika kejadian mangsa berada di rumah sebelum didatangai bapanya yang secara tiba-tiba merotan mangsa lebih 10 sebatan di betis, peha dan siku menggunakan rotan. Akibat kejadian itu, mangsa cedera teruk,” jelasnya lapor Utusan Malaysia.

Tak puas hati anak tak beritahu kerja di Sungai Buloh sebagai jurujual

Berdasarkan siasatan awal yang dilakukan mendapati bapa kepada wanita berkenaan melakukan perbuatan itu selepas berasa tidak puas hati dengan tindakan anaknya mengikuti saudara dekatnya untuk bekerja di Sungai Buloh.

Malah anak perempuannya itu juga tidak memberitahunya mengenai hal tersebut terlebih dahulu.

Alami kecederaan serius, bapa ada rekod jenayah lampau

Jelas Ahmad Zamry, wanita yang merupakan anak sulung kepada lelaki berkenaan kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Segamat (HS) ekoran kecederaan serius yang dialami kerana disebat berkali-kali.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 / 18A Akta Keganasan Rumah Tangga kerana dicederakan.

Ujarnya, suspek kemudian direman selama tiga hari selain turut mempunyai beberapa rekod jenayah lampau berkaitan kes curi serta menyamar menjadi penjawat awam.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.