‘Ingatkan Biawak’ – Wanita Warga Emas Terkejut Kaki Kiri Digigit Anak Buaya [Video]

Sebut sahaja berkenaan buaya, pasti antara kita sudah terbayang keganasan sifat haiwan reptilia yang satu ini.

Sifatnya yang buas dan mampu menyebabkan kematian terutama kepada manusia menjadikan buaya antara haiwan pemangsa yang ditakuti oleh sesiapa sahaja.

Jika di Malaysia, kebanyakan reptilia ini mudah dilihat di kawasan yang terletak di Sabah dan Sarawak. Malah, kebanyakan kes yang melibatkan manusia sebagai mangsa serangan buaya juga datang dari kedua-dua negeri itu.

Jarang sekali kita dengar tentang haiwan reptilia ini di kawasan Semenanjung Malaysia. Namun, sejak belakangan ini, kerap kedengaran kemunculan haiwan pemangsa di negeri-negeri Semenanjung seperti Negeri Sembilan dan Melaka.

Kaki Kiri Warga Emas Digigit Anak Buaya

Terbaharu, seorang wanita warga emas terkejut apabila kaki kirinya digigit oleh anak buaya dalam satu kejadian di rumahnya yang terletak di Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka pada jam 6 pagi semalam (1 Oktober).

“Ketika melangkah keluar pintu rumah dalam cuaca gelap, saya terkejut apabila tiba-tiba terasa ada sesuatu menggigit kaki kiri,” kata wanita itu.

Ketika insiden berkenaan, warga emas yang dikenali sebagai Faridah Abd Ghani dikatakan mahu mengemas beranda rumahnya.

“Dalam suasana masih awal pagi dan gelap, pada awalnya saya menyangka kaki digigit biawak dan segera memanggil ahli keluarga.

“Bagaimanapun, apabila anak lelaki melihat haiwan itu, barulah kami tahu ia anak buaya yang mengangakan mulutnya,” tambah wanita itu lagi.

Anak Tekup Guna Tudung Saji

Terkejut dengan kejadian itu, anaknya kemudian menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi mendapatkan bantuan.

Sebelum menghubungi APM, anak wanita itu bertindak menekup haiwan yang panjangnya 30 sentimeter (CM) menggunakan tudung saji.

Tambah wanita warga emas yang berusia 65 tahun itu, berikutan kedudukan rumah yang berhampiran dengan pantai, dia mendakwa pernah melihat kelibat haiwan tersebut berenang di perairan pantai Tanjung Bidara.

“Namun, ini kejadian kali pertama buaya naik ke rumah penduduk dan mujur saya tidak mengalami luka,” katanya.

Anak Buaya Diserahkan Kepada PERHILITAN

Dalam pada itu, Pegawai Pertahanan Awam Unit Masjid Tanah (UMT), Leftenan (PA) Shahrul Riza Saiful Bahry, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 6.04 pagi.

Susulan daripada panggilan tersebut, empat orang anggota APM bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya menangkap anak haiwan reptilia itu yang dipercayai sesat daripada habitat asalnya.

“Anak buaya itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut.

“Kita meminta orang ramai menghubungi APM dan tidak bertindak sendiri dalam mengendalikan haiwan berbisa atau berbahaya bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: Penampakan Buaya Di Dalam Longkang Kawasan Perumahan Di Kuantan Buat Ramai Cuak [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Bayi Setahun Dibaham Buaya, Bapa Meraung Kesedihan Tak Sempat Selamatkan Anak [Video]

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

ASEAN Travel Passes: AirAsia VS Malaysia Airlines Flypass. Mana Satu Pilihan Anda?

Keseluruhannya yang mana satu lebih berbaloi? Sama ada MHflypass ASEAN oleh MAS atau ASEAN Explorer…

10 hours ago
  • News
  • Trending

Fahmi Fadzil Kesal, Kecam Tindakan Meta Turunkan Artikel Anwar Jumpa Hamas

Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.

13 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

14 hours ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

15 hours ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

15 hours ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

16 hours ago