Kes Proton Saga Guna Siren: Pemandu Tampil Serah Diri Kepada Polis, Ini Rupanya Yang Terjadi

Sebelum ini, media melaporkan kejadian melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Saga yang menggunakan siren serta menyalakan lampu kecemasan di Jalan Serdang Perdana, Seri Kembangan.

Tindakan pemandu itu secara tidak langsung telah membuatkan pengguna jalan raya lain keliru apabila mereka memberikan ruang untuk kenderaan terbabit lalu.

Susulan daripada perkara itu, polis kemudian telah bertindak untuk mengesan pemandu dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) APJ 1987.

Baca artikel berkaitan: Tular Pemandu Proton Saga Bunyikan Siren & Pandu Secara Bahaya Diburu Polis [Video]

Polis tahan pemandu Proton Saga serah diri, kini & Ditahan pihak polis

Terbaharu, pihak polis telah berjaya menahan pemandu Proton Saga berusia 22 tahun seperti video tular pada 2 Oktober lepas.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan sebelum ditahan suspek yang merupakan pengganggur telah datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang sekitar jam 4 petang, 4 Oktober.

Pinjam kereta rakan dakwa ada hal kecemasan keluarga

“Semasa tampil menyerah diri, lelaki itu mengaku memandu kereta Proton Saga yang menggunakan siren terbabit seperti ditularkan di media sosial, baru-baru ini.

“Hasil siasatan dilakukan mendapati suspek yang tinggal di Nilai, Negeri Sembilan meminjam kereta terbabit dari rakannya di Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Suspek mendakwa meminjam kereta berkenaan daripada rakannya berusia 30 tahun kerana mendakwa ada hal kecemasan membabitkan keluarga,” ujarnya, dipetik Harian Metro.

Suspek dibebaskan dengan jaminan polis

Jelasnya lagi, kenderaan itu adalah milik ibu kepada rakan suspek yang juga seorang usahawan di Port Dickson.

“Keterangan semua pihak yang terbabit sudah diambil dan suspek dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.”

Selain itu, polis turut merampas kenderaan Proton Saga yang dipandu dalam video terbabit.

Untuk makluman pengunaan siren memasang siren serta lampu pandu arah (beacon) hanya dibenarkan untuk kenderaan tertentu sahaja sebagai contoh, polis, bomba, ambulans dan lain-lain.

Recent Posts

  • Trending

Lelaki Tumpangkan Wanita & Anak Selepas Lihat Si Suami Tolak Motor Di Lebuh Raya Raih Pujian [Video]

Menurut Zufar, dia terlihat wanita dan anaknya itu sedang berjalan kaki manakala suami wanita berkenaan…

57 mins ago
  • Trending

Pelajar Beri Guru ‘Bouquet’ Sayur-Sayuran Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar berkenaan seronok apabila guru menerima jambangan sayur-sayuran dengan gembira.

2 hours ago
  • Tech
  • Trending

Pengguna iPhone Dakwa Kemas Kini iOS 17.5 Buat Foto Lama Dipadam Muncul Kembali

Segelintir pengguna iOS 17.5 mendakwa gambar-gambar yang bertahun lamanya sudah dipadam kini hadir semula ke…

2 hours ago
  • Trending

ZUS Coffee Umum Pendirian Sokong Pembebasan Palestin Dan Menentang Genosid

ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin…

3 hours ago
  • Trending

Tak Sependapat Dengan Azhar Sulaiman, Leona Kongsi Pengalaman Ke Palestin

Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar…

3 hours ago
  • Trending

Padah Masuk Lorong Ditutup Untuk Selenggara, Axia Terbalik Di Lebuh Raya [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…

3 hours ago