Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan dakwaan yang tular bahawa jururawat di negara ini akan disuntik vaksin ‘Virus X’ adalah tidak benar.
Kenyataan yang dimuat naik oleh KKM di laman X (Twitter) rasminya itu berikutan penularan satu video di media sosial yang mendakwa kesemua jururawat akan dipaksa mengambil vaksin berkenaan.
“Berkaitan dakwaan kononnya para jururawat di Malaysia akan disuntik dengan vaksin Virus X, KKM ingin memaklumkan bahawa sebarang maklumat tersebut tidak tepat dan tidak bertangungjawab,” menurut kenyataan KKM semalam (5 Oktober).
Menurut KKM lagi, berita palsu tersebut boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap barisan hadapan petugas kesihatan terutamanya jururawat yang telah menyumbang bakti kepada negara.
Susulan itu, KKM menasihati orang ramai agar berhenti berkongsi maklumat yang tidak benar kerana ia boleh mengancam dan menimbulkan keresahan awam.
Sebelum ini, sohor di laman TikTok satu video berdurasi 5 minit dan 16 saat berkaitan dakwaan berkenaan sejak beberapa hari lalu sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.
Pun begitu, semakan kami di aplikasi TikTok tidak menemui video terbabit kerana berkemungkinan sudah dipadam.
Terdahulu, Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa berkata pihaknya sentiasa memantau jika ada sebarang kemungkinan yang boleh menyebabkan pandemik penyakit X.
Ini kerana, pakar kesihatan dunia meramalkan pandemik penyakit yang digelar sebagai X oleh WHO ini lebih berbahaya berbanding Covid-19 dan dijangka akan membunuh lebih 50 juta orang.
Menurut mereka, penyakit X ini dianggarkan kira-kira 20 kali lebih membunuh berbanding Virus Corona dan ia dilihat seakan-akan sama seperti wabak Spanish Flu yang pernah melanda dahulu.
Pandemik penyakit X ini juga dijangka boleh melanda dunia pada bila-bila masa melalui jutaan virus yang belum ditemui.
BACA ARTIKEL BERKAITAN:
Eksklusif sepanjang tempoh kempen pelancaran, AEON Bank menawarkan ganjaran istimewa buat pelanggan yang mengaktifkan akaun…
Jelas Syed Muhammad Khairudin Al-Junied, ia berikutan hasil penyelidikan dan kajian menerusi penulisan yang diterbitkan…
Remaja perempuan itu turut menjerit kepada bapanya bertanya mengapa dia tidak mempunyai duit walhal ibu…
Kediaman dua tingkat Aliff yang terletak di Taman Mewah, Kajang musnah terbakar di bahagian tingkat…
Menurut Ketua Polis Negara, pihaknya turut menemui beberapa batang paip dipercayai untuk membuat pistol angin…
Menurut notis yang dikeluarkan Pengarah Hospital Tangkak, sijil cuti sakit bernombor siri HTGK F 896400…