fbpx
Now Reading
“Berita Dakwaan Kononnya Para Jururawat Akan Disuntik Vaksin ‘Virus X’ Tidak Benar” – KKM

“Berita Dakwaan Kononnya Para Jururawat Akan Disuntik Vaksin ‘Virus X’ Tidak Benar” – KKM

Menurut KKM lagi, berita palsu tersebut boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap barisan hadapan petugas kesihatan terutamanya jururawat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan dakwaan yang tular bahawa jururawat di negara ini akan disuntik vaksin ‘Virus X’ adalah tidak benar.

Kenyataan yang dimuat naik oleh KKM di laman X (Twitter) rasminya itu berikutan penularan satu video di media sosial yang mendakwa kesemua jururawat akan dipaksa mengambil vaksin berkenaan.

“Berkaitan dakwaan kononnya para jururawat di Malaysia akan disuntik dengan vaksin Virus X, KKM ingin memaklumkan bahawa sebarang maklumat tersebut tidak tepat dan tidak bertangungjawab,” menurut kenyataan KKM semalam (5 Oktober).

Berita palsu sedemikian boleh timbulkan persepsi negatif terhadap petugas kesihatan

Menurut KKM lagi, berita palsu tersebut boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap barisan hadapan petugas kesihatan terutamanya jururawat yang telah menyumbang bakti kepada negara.

Susulan itu, KKM menasihati orang ramai agar berhenti berkongsi maklumat yang tidak benar kerana ia boleh mengancam dan menimbulkan keresahan awam.

Sebelum ini, sohor di laman TikTok satu video berdurasi 5 minit dan 16 saat berkaitan dakwaan berkenaan sejak beberapa hari lalu sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.

Pun begitu, semakan kami di aplikasi TikTok tidak menemui video terbabit kerana berkemungkinan sudah dipadam.

KKM pantau sebarang kemungkinan yang boleh menyebabkan pandemik penyakit X

Terdahulu, Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa berkata pihaknya sentiasa memantau jika ada sebarang kemungkinan yang boleh menyebabkan pandemik penyakit X.

Ini kerana, pakar kesihatan dunia meramalkan pandemik penyakit yang digelar sebagai X oleh WHO ini lebih berbahaya berbanding Covid-19 dan dijangka akan membunuh lebih 50 juta orang.

Penyakit X dijangka 20 kali lebih membunuh berbanding Virus Corona

Menurut mereka, penyakit X ini dianggarkan kira-kira 20 kali lebih membunuh berbanding Virus Corona dan ia dilihat seakan-akan sama seperti wabak Spanish Flu yang pernah melanda dahulu.

Pandemik penyakit X ini juga dijangka boleh melanda dunia pada bila-bila masa melalui jutaan virus yang belum ditemui.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.