fbpx
Now Reading
KKM Bersedia Dengan Kemunculan Pandemik Penyakit X, Dijangka Lebih Bahaya Dari Covid-19

KKM Bersedia Dengan Kemunculan Pandemik Penyakit X, Dijangka Lebih Bahaya Dari Covid-19

Menurut Dr. Zaliha, pihak kementeriannya sentiasa memantau jika ada sebarang kemungkinan yang boleh menyebabkan pandemik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Disaat dunia sedang kembali pulih selepas kemunculan pandemik Covid-19 yang meragut jutaan nyawa pada tiga tahun yang lalu, kini muncul pula penyakit baharu yang digelar sebagai X.

Susulan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan ancaman pandemik besar yang digelar sebagai penyakit X itu oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

KKM sentiasa pantau kemungkinan yang boleh menyebabkan pandemik X

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, pihak kementeriannya sentiasa memantau jika ada sebarang kemungkinan yang boleh menyebabkan pandemik.

“Penyakit itu dinamakan penyakit X sebab kita tidak tahu lagi itu penyakit apa. Ketika berada di New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 pun tiada yang dibincangkan mengenai penyakit ini antara 193 ahli.

“Di peringkat WHO, jika ada penyakit ini dalam Malaysia tentu mereka akan berikan ‘alert’ (amaran) kepada negara-negara berkenaan.

“Jadi apa pun, kita (KKM) sentiasa bersiap siaga dan pantau jika ada apa-apa kemungkinan yang boleh menyebabkan pandemik,” katanya dipetik Kosmo semalam (25 September).

Penyakit X dijangka lebih berbahaya berbanding Covid-19

Terdahulu, pakar kesihatan dunia meramalkan pandemik penyakit yang digelar sebagai X oleh WHO ini lebih berbahaya berbanding Covid-19 dan dijangka akan membunuh lebih 50 juta orang.

Menurut mereka, penyakit X ini dianggarkan kira-kira 20 kali lebih membunuh berbanding Virus Corona dan ia dilihat seakan-akan sama seperti wabak Spanish Flu yang pernah melanda dahulu.

Pandemik penyakit X ini juga dijangka boleh melanda dunia pada bila-bila masa melalui jutaan virus yang belum ditemui, lapor Mirror UK.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.