fbpx
Now Reading
Tular Pemandu Proton Saga Bunyikan Siren & Pandu Secara Bahaya Diburu Polis [Video]

Tular Pemandu Proton Saga Bunyikan Siren & Pandu Secara Bahaya Diburu Polis [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, kes pemandu Proton Saga membunyikan siren dan memandu secara melulu itu akan disiasat di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, kenderaan yang boleh memasang siren dan lampu pandu arah (beacon) hanya dibenarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi kenderaan tertentu sahaja.

Kebiasaannya siren dan lampu pandu arah ini dipasang pada kenderaan agensi penguatkuasaan seperti polis, bomba, JPJ, Jabatan Pertahanan Awam, pihak berkuasa tempatan dan lain-lain.

Tular video kereta awam bunyikan siren dan nyalakan lampu kecemasan

Pun begitu, baru-baru ini tular di media sosial satu video yang memaparkan sebuah kenderaan awam membunyikan siren dan menyalakan lampu kecemasan sehingga mengelirukan pengguna jalan raya yang lain.

Foto: Orang awam

Susulan penularan video terbabit, pihak polis sedang mengesan pemandu kereta jenis Proton Saga itu kerana membunyikan siren dan memandu secara melulu itu.

Kejadian berlaku di Jalan Serdang Perdana pada 2 Oktober lalu

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A. A. Anbalagan, kejadian berlaku di Jalan Serdang Perdana, Seri Kembangan, Selangor kelmarin (2 Oktober).

“Tular satu video berdurasi 48 saat di laman media sosial Facebook yang memaparkan sebuah kenderaan awam jenis Proton Saga telah menggunakan siren berserta lampu kecemasan yang dipandu secara berbahaya dan melulu.

“Siasatan awal yang dijalankan mendapati rakaman video tersebut telah dirakam pada 2 Oktober dan kemudiannya tular di media sosial,” katanya dalam satu kenyataan.

Polis jalankan siasatan di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987

Susulan itu, Anbalagan berkata pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan pemandu kereta berkenaan.

“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987. Jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 serta tidak lebih RM15,000,” katanya lagi.

Terdahulu, tular rakaman video sebuah Proton Saga sedang memandu secara melulu sambil membunyikan siren dan lampu kecemasan.

Dalam video tersebut, kelihatan kereta terbabit menyelit di tengah-tengah laluan jalan raya yang sedang sesak sehingga menyebabkan kenderaan lain terpaksa memberi laluan.

Kenderaan yang dibenarkan pasang lampu mata arah

Untuk info, selain agensi penguatkuasa, kereta lain yang dibenarkan untuk memiliki lampu mata arah ialah seperti kenderaan melebihi panjang 16 meter dan lebar melebihi 2.5 meter, kenderaan membawa muatan lebih, kenderaan bergerak perlahan.

Selain itu, kenderaan bekerja di bahu jalan serta kenderaan yang diluluskan untuk memasang beacon seperti van jenazah juga dibenarkan memiliki lampu mata arah, lapor Carsome.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.