Kos Sara Hidup Tinggi Antara Punca Ibu Bapa Pilih Makanan Murah & Tidak Bernutrisi Sebabkan Tumbesaran Terbantut

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bantut merupakan masalah tumbesaran tidak normal akibat pengambilan makanan tidak seimbang dalam diet seharian bagi tempoh yang lama.

Ia juga terjadi akibat daripada kekurangan nutrisi kronik selain kurang berat badan dan susut terutama dalam kalangan kanak-kanak.

Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2022, satu daripada lima kanak-kanak di Malaysia terbantut untuk umur mereka.

Foto: NHMS 2022

Ibu Bapa Lebih Memilih Makanan Yang Kurang Nutrisi Untuk Anak-Anak

Terbaharu, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, kos sara hidup yang meningkat menyebabkan segelintir ibu bapa memilih untuk membeli makanan yang murah dan tidak bernutrisi untuk anak-anak.

Keadaan itu juga menyebabkan ibu hamil tidak mengambil nutrisi yang cukup buat bayi dalam kandungan yang boleh menyebabkan bayi yang bakal lahir berisiko untuk menjadi bantut.

“Saya juga bimbang dengan keadaan kos kehidupan yang semakin meningkat, seperti harga beras. Makanan yang mempunyai nutrisi ini, harganya meningkat.

“Ia menyebabkan ibu bapa memilih untuk mendapatkan makanan yang murah. Ibu yang sedang hamil juga tidak mengambil nutrisi yang baik, bagi memastikan anak lahir dengan sihat dan tidak terbantut,” kata beliau.

Tambah beliau, masalah bantut boleh juga berpunca daripada keengganan mengikut jadual rawatan selain menganggap kanak-kanak gempal sebagai comel, sedangkan kanak-kanak itu mengalami masalah tumbesaran.

“Kesan terbantut beri kesan sangat besar. Anak-anak yang bantut ini akan lebih terdedah dengan penyakit seperti obesiti.

“Ia menyebabkan produktiviti anak-anak ini akan terjejas. Sekiranya ramai terbantut, produktiviti negara pada masa depan juga akan terjejas,” kata beliau sewaktu menjawab soalan tambahan daripada Datuk Alias Razak (PN – Kuala Nerus) mengenai usaha kerajaan mengatasi masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak.

Masalah Bantut Tidak Hanya Berlaku Pada Golongan B40

Tambah Lukanisman lagi, masalah bantut tidak hanya dialami oleh golongan B40. Ia juga boleh berlaku dalam kumpulan yang berpendidikan.

Berdasarkan data daripada KKM, golongan berpendidikan khususnya di Putrajaya berada di senarai teratas antara kawasan tertinggi yang mengalami masalah itu.

“Golongan ini mengambil langkah mudah… kerana kesibukan dan perkembangan kerjaya lebih meluas, pemilihan makanan lebih kepada makanan segera, diberikan kepada kanak-kanak.

“Ini menyebabkan masalah terbantut itu berlaku. Saya ingin mengambil satu contoh, sebuah sekolah Jenis Pendidikan Cina di Muar. Mereka mempunyai satu kerjasama komuniti.

“Ibu bapa di sana menyediakan makanan kepada semua guru dan kanak-kanak supaya makanan itu berkualiti dan bernutrisi.

“Kaedah ini sangat baik daripada sekiranya kita bergantung kepada RMT (Rancangan Makanan Tambahan). Kadangkala ada pengusaha berikan sosej dan nasi,” ujarnya.

Baca Artikel Berkaitan: Rabun Cecah 900 Darjah Pada Usia 2 Tahun Disebabkan Kerap Main ‘Handphone’

Baca Artikel Berkaitan: Rakyat Malaysia Kurang Makan Buah-buahan

Recent Posts

  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

6 hours ago
  • News
  • Trending

Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.

6 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelanggan Meninggal Dunia Selepas Makan Shawarma, Polis Tahan 2 Peniaga

Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…

7 hours ago
  • Trending

Atuk Beli Kuih Untuk Cucu Tapi Tak ‘Offer’ Dekat Anak Sendiri Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…

8 hours ago
  • Trending

“Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…

8 hours ago
  • Info
  • Trending

Tak Perlu Cuit Bahu! Ini Cara Untuk Beritahu Orang Lain Untuk Dijadikan Imam [Video]

Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…

8 hours ago