Malaysia Akan Terus Pengaruh Negara Lain Sokong Perjuangan Palestin

Konflik di antara Israel dan Palestin masih lagi tidak menunjukkan tanda reda walaupun hampir sebulan telah berlalu.

Malah, ramai masyarakat di dunia dilihat semakin peka dan cakna mengenai kemelut ini hingga ada yang menunjukkan sokongan khususnya buat rakyat Palestin dengan cara mereka tersendiri.

Kemelut di antara dua pihak ini juga turut menjadi antara topik perbincangan oleh pemimpin-pemimpin di dunia dalam usaha untuk menghentikan dan mencari jalan penyelesaian bagi mengelakkan nyawa individu tidak bersalah dari terus terkorban.

Malaysia Tidak Akan Henti Pengaruh Negara Lain Sokong Perjuangan Palestin

Terbaharu, Menteri Luar Negeri Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menegaskan Malaysia tidak akan berhenti melakukan libat urus serta usaha mempengaruhi negara-negara lain dalam menyokong perjuangan Palestin dan mengutuk kekejaman rejim Zionis.

Tambah beliau, usaha tersebut akan diperluas kepada Kumpulan 77 Negara (G77) dan Negara Berkecuali (NAM) selain daripada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi membantu rakyat Palestin.

“Libat urus itu perlu kita teruskan dan kita jangan putus asa kerana kita tahu bahawa antara tempat yang mempunyai kuasa mempengaruhi (adalah) seperti Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan juga negara Amerika Latin.

“Kita mulai melihat pelbagai negara, misalnya satu per satu negara di Amerika Latin mulai menyatakan pendirian mereka menentang rejim Israel yang melakukan penganiayaan berterusan terhadap rakyat di Gaza,” kata beliau.

Pendirian Tegas Dalam Menyatakan Sokongan Kepada Palestin

Tambah beliau lagi, menerusi pertemuan di antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Belanda Mark Rutte pada 1 November, Malaysia tegas dalam menyatakan sokongan terhadap Palestin malah Belanda menghormati pendirian tersebut.

“Beliau (Rutte) mendengar penjelasan dari Malaysia, beliau juga menyatakan pendirian bahawa dengan perkembangan terkini yang menimpa Gaza sejak seminggu dua ini, kecenderungan Barat mulai berubah apabila dua per tiga rakyat Belanda yang menyokong tindakan Israel sebelum ini telah bertukar menyokong Palestin,” katanya.

Malah, Zambry berkata semua pihak termasuk peringkat rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO) memainkan peranan penting dalam menyebar maklumat mengenai sesi libat urus termasuk mereka yang berada di negara luar.

Ulas Tindakan Amerika Syarikat Hantar Demarche Kepada Malaysia

Pada masa yang sama, beliau turut mengulas tindakan Amerika Syarikat yang menghantar tiga demarche (tatatindak) kepada Malaysia agar tidak meneruskan pendirian terutama keengganan Malaysia menganggap pejuang Hamas sebagai badan pengganas.

Menurut beliau, Malaysia mengambil pelbagai pendekatan bagi menyatakan pendirian tersebut.

“Ada yang kata kita perlu hantar nota protes atau panggil duta negara-negara terlibat…kita guna semua pendekatan itu untuk sampaikan balik pandangan dan pendirian kita.

“Kedudukan prinsip Malaysia sangat jelas dalam konteks perjuangan Palestin, ini bukan perkara baharu tapi sejak dulu lagi dan ini perlu ditegaskan apabila kita berinteraksi dengan mereka,” ujarnya.

Baca Artikel Berkaitan: “Kamu Salah Pilih Orang” – PM Anwar Dedah Akan Terus Pertahan Palestin Meski Terima Ugutan Barat

Baca Artikel Berkaitan: ATM Sedia Hantar Pasukan Pengaman Ke Palestin Sekiranya Dapat Mandat – Menteri Pertahanan

Recent Posts

  • Trending

Wanita Dikritik Selepas Suap Bayi 10 Hari Dengan Makanan Pepejal

Perkongsian tersebut telah mengundang kecaman ramai yang kurang bersetuju makanan bentuk pepejal diberikan kepada bayi…

53 seconds ago
  • Trending

Phua Chu Kang Curi Perhatian, Lebih Gemarkan Nasi Lemak Malaysia Dari Singapura

Apa yang lebih menarik perhatian apabila Phua Chu Kang atau nama betulnya Gurmit Singh dilihat…

7 mins ago
  • News
  • Trending

15 Orang Ditahan Kes Masak Mi Segera Di Stesen Minyak, Polis Sahkan Tiada Anak VIP

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Zaiham empat individu dari 15 yang ditahan akan dituduh di…

1 hour ago
  • Trending

Lelaki Istimewa Tatap Gambar Arwah Ibu Bapa, Mengadu Jam Tangan Rosak Buat Ramai Sebak [Video]

Dalam video sama, turut kelihatan dia mencium gambar bapanya sebelum mengambil sebatang pen dan menuliskan…

2 hours ago
  • News

“Kubur Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Perlu Dijauhkan Dari Yang Lain” – Jawatankuasa Fatwa Johor

Keputusan menjarakkan kubur suspek adalah bagi memberi peringatan kepada masyarakat supaya tidak terlibat dengan aktiviti…

2 hours ago
  • Trending

Dipercayai Kena Halau Suami, Wanita Bersama Dua Anak Kecil Telah Selamat Sampai Kedah

Menurut aktivis kemasyarakatan Zurianty Sudin, tiga beranak itu dipercayai dihalau suami telah selamat sampai ke…

6 hours ago