Kes Buli MCKK: KPM Tegas Tiada Kompromi Dalam Kes Buli & Gangguan Seksual

Sejak akhir-akhir ini, kecoh di media sosial kes buli yang melibatkan pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak.

Ia mula menjadi perhatian apabila salah seorang ahli keluarga mangsa mendedahkan kejadian itu ekoran tidak berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan ke atas pembuli.

Isu tersebut yang kemudiannya sohor di media sosial dan mendapat kecaman banyak pihak menyebabkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) MCKK meluahkan rasa kesal kerana bagi mereka ia dianggap sebagai mencalar imej institusi berkenaan.

Malah, mereka turut membuat laporan polis bagi mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebarkan kejadian buli itu.

KPM Tidak Kompromi Dengan Perbuatan Buli

Terbaharu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan tidak akan kompromi dengan kejadian buli dan gangguan seksual yang berlaku di semua institusi pendidikan bawah pengurusan mereka.

Menurut KPM, perbuatan buli dan gangguan seksual merupakan salah laku yang berat dan tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak.

“Justeru, KPM komited menangani isu ini dan dibuktikan menerusi garis panduan menangani salah laku buli dan gangguan seksual yang telah dilancarkan pada bulan September 2023.

Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 12 dan 13 Tahun 2023, bertarikh 3 November 2023 perlu dijadikan panduan bagi menangani gejala buli dan gangguan seksual di semua institusi pendidikan KPM,” kata mereka dalam satu kenyataan.

Bahkan, perkara sama turut disuarakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying yang meminta waris pelajar yang menjadi mangsa buli berkenaan bersabar kerana siasatan sedang dijalankan.

Tambah beliau, status kes itu masih dalam siasatan polis dan KPM sudah mengambil tindakan yang sepatutnya berdasarkan surat pekeliling baharu mengenai garis panduan bagi mengatasi kes buli di sekolah.

“Kita faham perasaan ibu bapa mangsa dan berharap mereka dapat bersabar sementara siasatan dijalankan. Kita juga bersikap terbuka jika keluarga mangsa mahu berjumpa dengan KPM bagi berbincang.

“KPM tidak akan berkompromi dengan dengan kes ini dan semua murid adalah sama, tanpa mengira latar belakang,” katanya dipetik dari Harian Metro.

Tiga Saluran Utama Khusus Untuk Aduan Kes Buli

KPM dalam masa sama turut memaklumkan, semua pihak termasuk murid, ibu bapa dan masyarakat yang mempunyai maklumat mengenai gejala buli boleh membuat laporan kes berkenaan melalui tiga saluran utama yang disediakan oleh KPM.

Tiga saluran tersebut adalah seperti berikut:

“KPM turut memantau kesegeraan penyampaian maklumat berkaitan kes buli dan gangguan seksual berdasarkan kepada Prosedur Operasi Standard iaitu pada kadar 1:3:7 hari.

“KPM sentiasa berusaha memastikan keselamatan murid, guru dan seluruh warga institusi pendidikan bawah kelolaannya terpelihara,” kata mereka lagi.

Terdahulu, turut tular di media sosial surat rayuan berhubung keputusan yang dijatuhkan ke atas pembuli di mana hukuman yang dikenakan hanyalah sekadar berkelakuan baik, dirotan dan membuat kerja amal di sekolah.

Malah, media turut melaporkan kes buli yang melibatkan pelajar MCKK itu kini disiasat polis mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan kecederaan.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Buli MCKK : PIBG Buat Laporan Polis, Mahu Ambil Tindakan Terhadap Pihak Tularkan Insiden

Baca Artikel Berkaitan: PIBG MCKK Kesal Tindakan Pihak Sebarkan Kes Buli

Recent Posts

  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

9 hours ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

9 hours ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

9 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

10 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

10 hours ago
  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

10 hours ago