fbpx
Now Reading
PIBG MCKK Kesal Tindakan Pihak Sebarkan Kes Buli

PIBG MCKK Kesal Tindakan Pihak Sebarkan Kes Buli

Terdahulu, kejadian buli di MCKK mula tular apabila salah seorang ahli keluarga mangsa memuat naik satu hantaran di media sosial berhubung insiden kes ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, kecoh di media sosial kes buli yang berlaku di sebuah sekolah berasrama penuh terkenal di Perak iaitu Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

Insiden tersebut melibatkan seorang pelajar tingkatan empat dipukul hingga cedera oleh pelajar tingkatan lima sekolah elit berkenaan.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada awal Oktober yang lalu dan telah diselesaikan secara dalaman oleh pihak sekolah.

Namun, kes itu mula menjadi perhatian apabila pihak keluarga mangsa dikatakan tidak puas hati dengan hukuman dan tindakan yang diambil terhadap pembuli lalu menularkannya di Instagram sebelum sohor di semua platform media sosial.

PIBG MCKK Kesal Tindakan Pihak Yang Menularkan Kejadian Buli

Susulan daripada ini, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) MCKK kesal dengan tindakan pihak yang menularkan kejadian buli membabitkan pelajar di institusi tersebut.

Menerusi kenyataan di Facebook rasmi milik mereka, persatuan itu menganggap tindakan pihak tersebut memberi imej buruk dan impak yang besar kepada institusi sekolah itu.

“Kami mengambil maklum ancaman penularan kes ini melalui surat yang diutuskan oleh sekumpulan ibu bapa murid Tingkatan Empat jika keputusan dan tindakan semasa pihak sekolah terhadap pelajar terbabit tidak diubah.

“PIBG MCKK menyelar tindakan cubaan campur tangan ibu bapa terbabit di dalam pengurusan sekolah ini. Dalam hal yang berkaitan, PIBG menghormati pendirian pihak sekolah dan Tuan Pengetua yang tidak tunduk kepada ancaman diberikan oleh sekumpulan ibu bapa murid Tingkatan Empat,” tulis mereka menerusi kenyataan itu.

Posted by PIBG The Malay College Kuala Kangsar on Sunday, 5 November 2023

Terima Laporan Pelajar MCKK Dicop Sebagai Pembuli

Malah, persatuan berkenaan mendakwa ada menerima laporan yang menyatakan pelajar sekolah berkenaan diherdik dan dihalau dari kedai makan sekitar Kuala Kangsar dan dianggap sebagai pembuli.

“PIBG memandang serius perkara ini dan memikirkan risiko kemungkinan diserang dan diganggu oleh pihak luar yang cuba mengambil kesempatan daripada isu ini,” tulisnya lagi.

Terdahulu, kejadian buli di MCKK mula tular apabila salah seorang ahli keluarga mangsa memuat naik satu hantaran di media sosial berhubung insiden kes ini.

Menerusi hantaran tersebut, pihak keluarga kesal dengan hukuman dan tindakan yang dikenakan oleh pihak sekolah terhadap pembuli yang dilihat seolah-olah tidak setimpal dengan kecederaan yang dialami oleh mangsa.

Isu ini kemudian mencetuskan perdebatan hangat di media sosial di mana ada yang mengkritik tindakan sekolah dan ada juga yang menyokongnya. Ini selepas tular dakwaan yang mengatakan mangsa sebelum itu ditangkap kerana menghisap vape di sekolah.

Namun, sejauh mana kebenaran dakwaan itu tidaklah diketahui.

Susulan daripada ini juga, satu kertas siasatan telah dibuka oleh pihak polis selepas tular mengenai kecederaan yang dialami mangsa di media sosial.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai setahun atau denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya.

SIARAN MEDIA YDH KETUA POLIS DAERAH KUALA KANGSAR BERKAITAN KES VIRAL PELAJAR ASRAMA DIBULI MELALUI MEDIA SOSIAL

Posted by Polis IPD Kuala Kangsar on Friday, 3 November 2023

Baca Artikel Berkaitan: Lima Bekas Pelajar Diarah Bayar RM616,634 Kerana Buli Rakan Sekolah Hingga Pekak

Baca Artikel Berkaitan: Tular Ibu Dedah Anak Sering Jadi Mangsa Buli Di Sekolah, Tangan Diconteng ‘Kau B*bi’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.