fbpx
Now Reading
Tular Ibu Dedah Anak Sering Jadi Mangsa Buli Di Sekolah, Tangan Diconteng ‘Kau B*bi’

Tular Ibu Dedah Anak Sering Jadi Mangsa Buli Di Sekolah, Tangan Diconteng ‘Kau B*bi’

Menurut wanita itu, pelajar yang membuli anak perempuannya itu telah pun ditemui dan menerima hukuman daripada pihak sekolah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, kecoh di media sosial luahan seorang ibu yang kecewa apabila anak perempuannya sering menjadi mangsa buli di sekolah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook miliknya, wanita itu yang dikenali sebagai Hajar mendakwa anaknya menjadi mangsa buli di sebuah sekolah agama.

Pembuli conteng tangan tulis ‘Kau B*bi’

Lebih menyedihkan, menerusi perkongsian gambar di dalam hantaran tersebut, kelihatan tangan gadis itu diconteng dengan tulisan ‘kau b*bi’ dipercayai oleh si pembuli.

Menurutnya, dia telah mengajar anaknya untuk membalas kembali sekirannya dibuli untuk pertahankan diri atau larikan diri jika tidak mampu melawan, namun kanak-kanak itu tidak mampu berbuat apa-apa.

“Ini lah muka anak saya yang selalu kena buli. Hari ini di Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) pula.

“Alahai adik, Ibu dah ajar balas balik dan lari kalau tak boleh lawan. Dia tak boleh buat, kesian Mala*k*,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Netizen kecam perbuatan pembuli dan simpati terhadap nasib kanak-kanak itu

Hantaran tersebut kemudiannya viral di media sosial dan mendapat perhatian ramai individu yang bersimpati terhadap nasib kanak-kanak itu selain mengecam perbuatan si pembuli terbabit.

Tidak hanya itu, orang ramai juga berharap agar pembuli kepada kanak-kanak itu menerima hukuman sewajarnya.

Pembuli telah dijumpai dan menerima hukuman

Kemas kini terbaharu di laman Facebook miliknya mendapati bahawa pelajar yang membuli anak perempuannya itu telah diberi hukuman daripada guru sekolah agama berkenaan.

Jelas wanita itu, pembuli terbabit telah mengaku bersalah semasa disoal siasat oleh Ustazah dan dikenakan hukuman rotan.

“Terima kasih pihak sekolah kerana pantas bertindak. Bila tengok orang kongsi kisah mereka dibuli atau anak mereka dibuli sedih rasa hati. Semua pernah melalui.

“Semoga Allah melindungi kita dan anak-anak kita dari kejahatan manusia,” tulisnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.