UiTM Cipta Sejarah, Tersenarai Antara 100 Universiti Terbaik Di Asia!

Universiti Teknologi Mara (UiTM) merupakan universiti komprehensif terbesar di Malaysia yang menyediakan pendidikan inovatif dengan infrastruktur dan teknologi terkini.

Universiti tersebut telah menempatkan jutaan graduan tempatan yang berjaya sejak penubuhannya pada tahun 1956.

Terdiri daripada 34 kampus seluruh negara, UiTM juga telah merangkul pelbagai anugerah berprestij bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat antarabangsa juga.


UiTM Raih Kedudukan Ke-98 Dalam QS Asia University Rankings 2024

Baru-baru ini, UiTM telah meraih kedudukan mengagumkan apabila tersenarai antara 100 universiti terbaik di Asia menerusi QS Asia University Rankings (AUR) 2024.

Menurut hantaran yang dikeluarkan oleh UiTM di akaun Instagram rasmi (@uitm.official), universiti itu telah melonjak enam anak tangga dari kedudukan pada tahun lalu iaitu 104 ke 98.

Bukan itu sahaja, UiTM juga kini berada pada kedudukan ke-9 di antara universiti sedia ada seluruh Malaysia.

Kejayaan cemerlang tersebut menunjukkan usaha gigih dan komitmen UiTM terhadap prestasinya.

Sumber: Facebook Universiti Teknologi Mara

UiTM Capai Skor Tertinggi Antara 11 Indikator Dalam QS Asia University Rankings 2024

Tambah UiTM, universiti berkenaan telah mencapai peningkatan skor tertinggi antara 11 indikator lain dalam QS AUR bagi indikator Rangkaian Penyelidikan Antarabangsa.

“Indikator itu mengukur kehebatan rangkaian rakan penyelidikan antarabangsa UiTM, yang juga mencerminkan usaha universiti ke arah memacu penglibatan di peringkat global.

“UiTM turut mencatatkan peningkatan skor yang ketara bagi indikator Reputasi Majikan, Reputasi Akademik dan Nisbah Pelajar Antarabangsa,” jelas UiTM.


Naib Canselor UiTM Syukur Dengan Pengiktirafan Membanggakan

Susulan kejayaan cemerlang, Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin meluahkan rasa kesyukuran dengan keputusan yang pertama kali dalam sejarah dicapai oleh pihak UiTM.

Jelas beliau, ia merupakan hadiah pertama setelah dilantik sebagai naib canselor universiti itu.

Dr Shahrin berkata, sebagai universiti terbesar di Malaysia, UiTM berbangga dengan kejayaan menyertai barisan 12% universiti terbaik di rantau Asia.

Katanya, pihak UiTM juga mengucapkan tahniah kepada lima institusi tempatan baharu lain yang turut tersenarai dalam QS AUR 2024.

“Kejayaan besar ini adalah hasil usaha bekas Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor. Di bawah pimpinannya, UiTM mencapai tahap baharu yang dicerminkan melalui pengiktirafan ini.

“Saya berazam untuk menghormati dan memelihara warisan ini serta akan memastikan UiTM terus kekal merentasi puncak keunggulan dan kejayaan,” katanya.

Menurut beliau, penarafan dikecapi UiTM tersebut merupakan satu simbolik bagi mencapai matlamat menjadi universiti bertaraf global dengan mengekalkan prinsip utama iaitu mendidik bakat rakyat tempatan.

Sumber: Facebook Universiti Teknologi Mara

Untuk makluman semua, QS AUR 2024 telah menyenaraikan sejumlah 857 institusi melibatkan 25 universiti di Asia iaitu peningkatan sebanyak 149 institusi dari tahun lalu.

Baca Artikel Berkaitan: Tuah Jadi Graduan Ke 1 Juta UiTM, Wanita Terima Hadiah Motor & Yuran Pengajian Ijazah Percuma

Baca Artikel Berkaitan: Tahniah! Hafizah Al-Quran Raih Markah ACCA Kedua Tertinggi Di Dunia

Baca Artikel Berkaitan: M’sian Student Achieves Highest Score In The World For Accounting Exam

Recent Posts

  • Trending

Blockout2024: Selepas Dibidas Awal Ashaari, Ini Respon Balas Wardina Safiyyah

Awal Ashaari sebelum ini membidas tindakan Wardina yang meminta warganet menyenaraikan artis yang didakwa mempromosikan…

28 mins ago
  • Trending

“All Eyes On Rafah, Who’s That?” – Ning Baizura Teruk Dikecam, Didakwa Tak Cakna Isu Di Palestin [Video]

Ning Baizura mempersoalkan tentang perkara berkenaan selepas salah seorang pengikutnya memberi komen 'all eyes on…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Jumlah Kelahiran Bayi Di Malaysia Semakin Menurun Berbanding Suku Tahun Pertama 2023

Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…

19 hours ago
  • Trending

Anak Gigih Buat Slaid Kerana Mahu Pinjam Kereta Ibu Untuk Bercuti Undang Perhatian [Video]

Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…

19 hours ago
  • Trending

Ramai Suka Konsep Cari Jodoh Sambil Makan & Borak Santai Di Kafe [Video]

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…

21 hours ago
  • Trending

Gara-gara Tidur Lepas Asar, Telatah Lucu Kanak-kanak Ini Kalut Bersiap Ke Sekolah Bikin Ramai Terhibur [Video]

Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…

21 hours ago