Bukan Kes Curi Kereta Tapi Bergaduh Dengan Isteri Punca Honda Civic Rempuh Motosikal

Semalam (30 November), tular di media sosial video yang memaparkan sebuah kereta Honda Civic berwarna hitam melanggar sebuah motosikal.

Menerusi video berkenaan, turut kelihatan seorang wanita yang bertindak mengejar kereta tersebut di bahagian sebelah pemandu serta orang ramai yang cuba berusaha untuk menghentikan kenderaan tersebut.

Namun, tindakan pemandu terbabit dilihat terus memandu secara melulu hingga menyebabkan wanita berkenaan terjatuh di jalan ketika mengejar kereta tersebut serta meninggalkan penunggang motosikal itu.

Bukan Kes Curi Kereta Tapi Bergaduh Dengan Isteri

Terbaharu, Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Noor Ariffin Mohammad Nasir mengesahkan suspek bertindak luar kawalan hingga melanggar sebuah motosikal jenis Yamaha Ego selepas bergaduh dengan isterinya.

Tambah beliau, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang pada Rabu (29 November) di Jalan Tun Teja 3, Taman Tun Teja, Rawang, Selangor.

“Kejadian berlaku semasa pemandu kereta hendak melarikan diri daripada isterinya selepas berlaku pertengkaran antara mereka.

“Mangsa (penunggang motosikal) yang pada masa itu berada di tempat kejadian cuba menghalang pemandu kereta, namun dia telah dirempuh,” kata beliau.

Tambah Ariffin lagi, akibat daripada kejadian itu, penunggang motosikal berkenaan mengalami cedera ringan di bahagian siku, tangan dan kaki.

Pemandu Terbabit Telah Berjaya Ditahan

Menurut beliau, pemandu yang melarikan diri selepas kejadian tersebut telah berjaya ditahan pada jam 7.45 malam semalam (30 November) di Jalan Bidara, Selayang.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 337 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan perbuatan membahayakan nyawa atau keselematan diri orang lain.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintenden Agilan Iswaran di talian 019-5230801 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222,” ujarnya.

Video yang berdurasi 18 saat itu nyata mendapat perhatian warganet. Rata-rata netizen pada mulanya beranggapan ia mungkin merupakan kes curi kereta atau kes kemalangan langgar lari sebelum kisah sebenar diketahui.

Baca Artikel Berkaitan: Kereta Axia Dilanggar Lari Ketika Parkir Di R&R, Netizen Sempat Ambil Bukti Beri Info Pada Pemilik

Baca Artikel Berkaitan: Bukan Kerana Tak Bayar Cendol, Rupanya Langgar Lari Punca Nissan Almera Dikejar

Recent Posts

  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 hour ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 hour ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 hours ago
  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

3 hours ago