
Kereta Axia Dilanggar Lari Ketika Parkir Di R&R, Netizen Sempat Ambil Bukti Beri Info Pada Pemilik
Jelasnya semasa kejadian langgar lari itu berlaku dia turut terdengar bunyi dentuman yang kuat sebelum memaklumkan terdapat orang awam yang sempat meninggalkan nota sebagai info kepada mangsa langgar lari.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Insiden seperti langgar lari adalah satu kejadian yang sering terjadi di negara ini malah ia turut membuatkan mangsa yang terkena berasa geram dengan segelintir sikap pemandu yang tidak bertanggungjawab.
Sudahlah kereta dilanggar orang mangsa juga terpaksa mengeluarkan kos sendiri untuk membetulkan semula kerosakan pada kenderaan mereka.
Perodua Axia kena langgar lari, netizen sempat ambil info kenderaan langgar lari
Baru-baru ini, tular satu hantaran di Twitter yang memaparkan sebuah kenderaan jenis Perodua Axia berwarna biru yang dilanggar lari oleh seorang pemandu.
Menerusi ciapan dikongsikan oleh @Siti_sab itu, kenderaan itu dipercayai dilanggar oleh pemandu yang membawa kereta jenis Proton Iriz ketika diletakkan di kawasan parkir Rehat dan Rawat di Pagoh, Johor.
tampal nota nombor pendaftaraan kenderaan langgar lari
Jelasnya dia ketika itu hanya mendengar bunyi dentuman yang kuat semasa kejadian itu berlaku.
“Pemandu kereta Iriz dah lari dulu tapi saksi yang nampak dah tampal nota dan info nombor pendaftaran kenderaan yang langgar awak tadi,” jelas wanita itu.
Dalam gambar yang diberikan turut kelihatan kereta Axia itu mengalami kerosakan di bahagian belakang kereta seperti kemek dan juga kopak.
Dear owner Axia, kereta awak baru kena langgar dengan kereta Iriz. Saya cuma dengar dentuman kuat je tadi. Owner Iriz dah lari dulu tapi saksi yg nampak dah tampal notes & info plate no yg langgar awak tadi. Lokasi RnR Pagoh. pic.twitter.com/uTkiDyk0ri
— Siti_Sab (@Siti_Sab) January 15, 2023
Di ruangan balas, Siti turut menyatakan ketika insiden berkenaan berlaku kenderaan Axia itu juga ternaik ke atas bahu jalan sebelum kereta Iriz itu lari dan menyifatkan ramai yang melihat kejadian tersebut.
“Itulah keretanya ternaik dekat divider (bahu jalan). Iriz (kenderaan) tu lari ingat saksi tak ramai agaknya. Ramai kot yang nampak,” jelasnya.
Itula keretanya ternaik dkt divider. Iriz tu lari ingat saksi tk ramai agaknya. Ramai kot yg nampak😂
— Siti_Sab (@Siti_Sab) January 15, 2023
Melihat di ruagan balas, insiden itu turut menarik perhatian ramai dan ada yang berkongsi pengalaman mereka apabila berhadapan dengan isu langgar lari.
aku ni baru pas eksiden,mcm2 soklan aku tanya kt perodua body & paint bhgian claim insuran,kalau kita eksiden walaupun ada dashcam dan bukti,pastu org tu tak nak buat repot, tak bole claim insuran org tu. so,claim insuran sendiri.jadi,kena paksa org tu wat repot skli jln.
— Syarifuddin 88 (@syarifuddin_88) January 16, 2023
Sedih nya kena mcm ni . Kereta i pon ada kena habis calar balar . Tapi i percaya akan ketentuan allah . Karma akan dtg kepada pembuat just doa ygbaik baik.
— Safri (@bysaffri) January 17, 2023