Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Umum mengetahui saban hari ada sahaja kes kemalangan dilaporkan berlaku di negara ini.
Malah kejadian ini berlaku disebabkan sikap segelintir pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab kerana tidak mengutamakan keselamatan dan memandu secara berbahaya.
Tular video di TikTok pemandu treler memandu secara berbahaya
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan tindakan seorang pemandu treler yang boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @isyraff0 awalnya kelihatan kenderaan mereka sedang meluncur di jalan raya sebelum munculnya treler berwarna biru di laluan kiri.
Namun sebaik sahaja mendekati mereka, kelihatan pemandu berkenaan seperti sedang memarahinya.
Meskipun suaranya tidak dapat didengari secara jelas namun pergerakan badan pemandu terbabit jelas menunjukkan dia seperti tidak berpuas hati namun tidak dimaklumkan apakah puncanya.
Cuba himpit kereta di lorong tengah
Tidak lama selepas itu, pemandu berkenaan turut dilihat cuba untuk menghimpit kenderaan Isyraff. Pemandu kereta tersebut kemudiannya dengan segera memecut dipercayai untuk mengelak daripada berlakunya perkara tidak diingini seperti kemalangan.
Walau bagaimanapun, Isyraff tidak memaklumkan secara terperinci apakah perkara sebenar yang berlaku sehingga membuatkan pemandu treler berkenaan bertindak sedemikian.
Dah buat laporan polis dan JPJ
Menurutnya, insiden itu bagaimanapun telah dilaporkan kepada pihak polis serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tindakan lanjut.
Isyraff0 turut memaklumkan tujuannya memuat naik video tersebut adalah untuk dijadikan pengajaran buat semua.